RENANG SELAT | Renang selat secara amnya merujuk kepada berenang untuk menyeberangi Selat Inggeris. Perenang-perenang jarak jauh dunia menganggap acara renang ini sebagai salah satu cabaran yang paling besar bagi kerjaya mereka. Dalam beberapa tahun, seramai 50 orang mencuba untuk menyeberanginya. Lima daripada enam percubaan itu gagal. Hari ini, kebanyakan perenang yang berjaya berenang menyeberanginya dengan teknik yang lebih baik, dalam masa separuh daripada yang diambil oleh perenang selat yang pertama, iaitu Matthew Webb yang merenanginya pada tahun 1875. | UMUM | |
KANDINSKY, WASSILY | Kandinsky, Wassily (1866–1944) ialah pelukis Rusia. Pada amnya, dia dianggap memulakan lukisan abstrak yang mempunyai objek yang tidak dapat dikenal pasti. | UMUM | |
STRAVINSKY, IGOR | Stravinsky, Igor (1882–1971) ialah penggubah kelahiran Rusia. Stravinsky dan Arnold Schoenberg pada amnya dianggap sebagai dua orang penggubah yang sangat berpengaruh pada tahun 1900-an. | UMUM | |
PETISYEN | Petisyen ialah dokumen bertulis yang ditandatangani oleh ramai orang untuk menuntut supaya sesuatu tindakan diambil. Petisyen secara amnya dikemukakan kepada kerajaan pusat atau kerajaan tempatan. | UMUM | |
RACHMANINOFF, SERGEI VASSILIEVICH | Rachmaninoff, Sergei Vassilievich (1873– 1943) ialah penggubah dan pengarah muzik Rusia dan salah seorang pemain piano yang teragung dalam sejarah muzik. Gubahan Rachmaninoff secara amnya membawa gaya romantik penggubah Rusia, Peter Illich Tchaikovsky pada awal tahun 1900-an. Malahan karya-karyanya yang terakhir pada tahun 1930-an masih tidak dipengaruhi oleh aliran moden. Muziknya dipengaruhi oleh canta dan alat muzik loceng Gereja Ortodoks Rusia. Pengaruh ini lahir melalui muzik Rachmaninoff yang bermelodi ringkas dengan bunyi papan nada yang penuh. Dia mengadun ciri-ciri asli Rusia ini dengan ekspresinya sendiri yang ghairah dan amat mendalam. | UMUM | |
SEMINARI | Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai juga yang mempelajari mata pelajaran amali, seperti psikologi pastoral, pendidikan agama, ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan, seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah kumpulan keagamaan pula menganugerahkan diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah. | UMUM | |
LIBERALISME | Liberalisme ialah falsafah politik dan ekonomi yang menekankan kebebasan, kesamarataan dan peluang. Sebaliknya, falsafah yang dikenali sebagai konservatisme menekankan peraturan, tradisi, dan pemilikan harta benda persendirian. Orang yang berfahaman liberal pada amnya menyokong perubahan sosial yang lebih cepat berbanding dengan mereka yang berfahaman konservatif. Tetapi liberalisme merupakan istilah yang mengelirukan kerana makna dan penekanannya banyak berubah mengikut peredaran masa. | UMUM | |
PENJELAJAHAN ANGKASA LEPAS | Penjelajahan angkasa lepas ialah penerokaan fizik terhadap objek di luar angkasa dan secara amnya apa sahaja berkaitan dengan teknologi, sains dan politik berkenaan usaha ke angkasa lepas. | FIZIK | Kegiatan |
METCHNIKOFF, ELIE | Metchnikoff, Elie (1845–1916) ialah pakar biologi ulung Rusia. Dia melakukan kajian penting terhadap fungsi fagosit. Fagosit ialah sel darah putih yang menyerang kuman. Para doktor pada awalnya menentang teori berkenaan fagosit, tetapi idea Metchnikoff ini secara amnya diterima umum sebelum kematiannya. Metchnikoff berkongsi Hadiah Nobel tahun 1908 untuk bidang perubatan. | UMUM | |
TAMU | Tamu, pekan sehari yang merupakan warisan kebudayaan masyarakat Sabah. Perkataan tamu berasal daripada perkataan ‘tamu’ yang didasari daripada bahasa Melayu Sabah. Tamu merujuk kepada pertemuan atau perjumpaan antara seseorang atau sebuah pihak untuk bertukar barangan dan perniagaan. Pengertian amnya ialah tempat orang ramai bertemu, berkumpul dan menjalankan aktiviti berjualan. | UMUM | |