STUDIO JALAN AMPAS | STUDIO JALAN AMPAS, studio pengeluar filem hitam putih terbesar pada tahun 1930-an hingga tahun 1960-an. Studio ini terletak di Boon Teck Road, Singapura. Jalan Ampas ialah sebatang jalan pendek, cabang dari jalan yang lebih besar bernama Balestier Road. Studio yang berasal daripada sebuah sekolah Cina ini dibeli oleh Shaw Brothers dan diubahsuai menjadi pejabat. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
SENIMAN | SENIMAN, persatuan untuk para seniman dan seniwati di Malaysia. SENIMAN ialah singkatan Persatuan Seniman Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 hasil usaha bersama Haji Idris Ibrahim, Ahli Parlimen Setapak, Zainuddin Zimbo dan beberapa orang seniman dan seniwati yang terlibat dengan Merdeka Studio di Hulu Kelang, Selangor. SENIMAN adalah sebagai ganti Persatuan Artis-Artis Malaya (PERSAMA) yang pernah dipimpin oleh P. Ramlee di studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1960-an. PERSAMA dibubar bersama-sama Studio Malay Film Productions jalan Ampas yang ditutup pada 15 September 1967. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
H.M. ROHAIZAD | H.M. ROHAIZAD (1926-1961), pelakon dan penolong pengarah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. Dia lahir pada bulan Disember 1926. Nama sebenarnya ialah Syed Mohd. Hamid bin Syed Muhammad al-Sagoff tetapi lebih dikenal dengan panggilan Wan Chik di kalangan seniman. Dia menggunakan nama H.M. Rohaizad sejak melangkah ke dunia perfileman di Shaws Malay Film Production Ltd., Singapura pada 7 Januari 1953. | BUDAYA | Tokoh |