Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengampu 1. sl menahan di bawah (dgn telapak tangan), menyokong dr bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dsb): kain baju di­­ampu oleh hamba raja; 2. sl = mengampu-kan memerintah (negeri, kerajaan): yg pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan Malikul-Saleh; 3. ki mengangkat, menyanjung (utk menyu­kakan seseorang supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya): siapa yg pandai ~nya akan mendapat segala sesuatu dari­pada­nya; ~ bodek bk mengangkat (supaya men­dapat sesuatu); pengampu 1. penahan, penyangga, penyo­kong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg mengampu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampu I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANJUNG PURA

TANJUNG PURA, ibu kota kerajaan Hindu Nagara Dipa, di Kalimantan, Indonesia.  Tanjung Pura terletak di hulu Sungai Nagara di sekitar Amuntai sekarang, termasuk dalam Propinsi Kalimantan Selatan.  Nagara Dipa ialah sebuah kerajaan bercorak Hindu.  Rajanya Ampu Jatmika pernah mengirim utusan ke negeri China untuk mendapatkan seorang ahli pembuat patung logam, untuk menggantikan patungnya yang diperbuat daripada kayu.  Utusan yang dikirimkan itu membawa hasil Nagara Dipa seperti intan, mutiara, damar, madu dan orang utan.  Selain itu, Nagara Dipa juga mempunyai hubungan dengan Majapahit, kerana pengganti Ampu Jatmika adalah Raden Putra, seorang keturunan Majapahit yang berkahwin dengan puteri Junjung Buih.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas