Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak bangsa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEHRU

Nehru ialah nama keluarga empat generasi

pemimpin India. Mereka ialah Motilal Nehru, dan

tiga perdana menteri: anak lelaki Motilal,

Jawarharlal Nehru; cucu perempuannya, Indira

Gandhi; dan cicitnya, Rajiv Gandhi. Lihat Gandhi,

Indira; Gandhi, Rajiv. Anak perempuan Motilal,

iaitu Vijayalakshmi Pandit ialah presiden wanita

pertama di Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu. Lihat Pandit, Vijayalakshmi.

UMUM 
AMAZON

Amazon ialah bangsa bagi sekumpulan wanita

yang suka berperang dalam mitos Yunani. Mereka

tinggal di sebuah kawasan di Asia Kecil yang

dikenali sebagai Cappadocia. Mereka hanya

bertemu dengan lelaki di medan perang dan

ketika satu upacara penyatuan seks dengan orang

Gorgarensia yang berjiran dengan mereka.

Amazon membunuh semua anak lelaki yang lahir

hasil daripada penyatuan ini, tetapi memelihara

anak-anak perempuan mereka dan melatih

mereka dalam seni peperangan.

UMUM 
KACUKAN

Kacukan ialah anak kepada ibu bapa yang

berlainan bangsa, jenis atau spesies.

UMUM 
TUN TEJAPermaisuri Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka dan anak bendahara pahang Seri Buana, bergelar Seri Amar Bangsa Diraja Pahang.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YOUNG WOMEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YWCA)

Young Women’s Christian Association

(YWCA) ialah pertubuhan wanita berbilang

bangsa yang tertua dan terbesar di dunia.

Keanggotaan pertubuhan ini terbuka kepada

wanita dan anak gadis dari semua agama dan latar

belakang.

UMUM 
NABI YA‘KUB A.S.

Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh

Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM 
PERANG NAHAWAND

Perang Nahawand berlaku pada tahun 16 H./

637 M. semasa pemerintahan Khalifah ‘Umar al-

Khattab r.a. Bangsa Parsi mengundur diri dari al-

Mada’in, ibu kota yang dibuka oleh orang Islam

pada tahun 16 H./637 M., dan melarikan diri ke

Halwan. Dari sana, mereka mula mengumpulkan

pasukan tentera untuk mara ke al-Mada’in.

Panglima tentera Islam, Sa‘ad ibn Abi Waqqas

mengutuskan satu pasukan tentera di bawah

pimpinan anak saudaranya, Hashim ibn ‘Utbah

ibn Abi Waqqas menentang mereka dalam

Perang Jalulak pada akhir tahun 16 H./637 M.

Pasukan tentera Islam mengalahkan tentera Parsi

seperti juga dalam Perang al-Qadisiyyah.

Kemudian tentera Islam terus mara dan

membuka Halwan dan kemudiannya Qarmisin

pada tahun yang sama. Ia merupakan

peperangan terbesar yang dikenali sebagai era

pembukaan di Nahawand oleh orang Islam.

Tentera Parsi di bawah pimpinan al-Firzan dapat

dikalahkan dan ini membuka laluan kepada

tentera Islam untuk mara ke pelosok jajahan Iran.

Sementara itu, Yazdajir panglima tentera Parsi

melarikan diri ke Asfahan.

UMUM 
BAJAU

BAJAU, suku bangsa yang dikenal sebagai ‘anak laut’ di Filipina atau ‘pengembara laut yang berpindah-randah’. Kadangkala mereka disebut sebagai ‘penghuni perahu’. Di Semenanjung Malaysia, khususnya di Johor, mereka dikenal sebagai Orang Laut. Di Singapura pula, mereka dikenal sebagai Orang Selitar. Di Sulawesi, mereka dikenal sebagai Orang Bajaui, manakala di Sabah mereka disebut sebagai Orang Bajau atau Samah.

BUDAYAKonsep
ZAIN AZRAAI ZAINAL ABIDIN, TAN SRI

ZAIN AZRAAI ZAINAL ABIDIN, Tan Sri  (1936-1996),  diplomat, birokrat dan ahli korporat. Dia lahir pada 27 Julai 1936 di Teluk Intan, Perak. Zain Azraai menerima pendidikan awal di Sekolah St. Anthony, Teluk Intan dan melanjutkan pelajaran menengahnya di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Dia kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke University Oxford, England dan memperoleh Sarjana dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi. Dia juga merupakan salah seorang anak Melayu pertama yang menuntut di Universiti ini. Zain Azraai kemudiannya mendalami bidang hubungan antara bangsa di London School of Economics, University of London.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas