Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pekerja kapal (kapal terbang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pekerja dlm kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapal (kata nama)
Bersinonim dengan bahtera, lancang, keci, kapal layar, jong, feri.,

Puisi
 

Baik-baik jaga pedoman,
     Kapal belayar puting anak;
Sudah kembang bunga di taman,
     Suka hati kumbang yang banyak.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENTERA LAUT

Tentera laut ialah cabang angkatan bersenjata

negara yang terdiri daripada kapal perang dan

kapal bantuan, anak kapal dan pangkalan darat

serta pegawai masing-masing. Kebanyakan

angkatan tentera laut dunia juga memiliki tentera

udara. Sesetengah tentera laut merangkumi

angkatan tempur yang dikenali sebagai marin,

yang dilatih untuk bertempur di udara dan di darat.

UMUM 
PERAKUAN KESIHATAN

Perakuan kesihatan ialah sijil yang

dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak

berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan

keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan

keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak

belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak

penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan

diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah

kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin

sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah

dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan

kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin

selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat

yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan.

UMUM 
BOT PENYELAMAT

Bot penyelamat ialah kapal yang membawa

bot penyelamat untuk menempatkan penumpang

dan anak kapal ketika bencana.

UMUM 
JURAGAN

JURAGAN, ketua sesebuah bot atau kapal penangkap ikan.  Juragan juga disebut sebagai nakhoda, kapten, kapitan atau taikong.  Juragan bertanggungjawab mengendalikan kapal atau bot sewaktu berada di laut. Seseorang juragan bertanggungjawab atas keselamatan kapal dan anak kapal, selain menentukan perjalanan kapal dan pengurusan di atas kapal mengikut matlamat atau jadual sebagaimana yang telah ditetapkan.

BUDAYATokoh
TALI LADUNG

Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung,

ialah tali yang mempunyai pemberat di satu

hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai

unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan

ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap

bata dan tukang batu sebagai panduan menegak

dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera

menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat

lihat yang dikenali sebagai transit pada titik

tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan

kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal

di kebanyakan kapal menggunakan alat yang

dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk

mengukur bagi kedalaman air.

Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur).

UMUM 
PERUBATAN AEROANGKASA

Perubatan aeroangkasa ialah bidang sains

perubatan yang berkaitan dengan kesan

penerbangan terhadap kesihatan manusia. Ia

meliputi perubatan penerbangan , penjagaan anak

kapal dan penumpang; dan perubatan angkasa ,

penjagaan angkasawan. Doktor dan ahli sains

dalam bidang ini cuba meningkatkan prestasi

kerja dan keselamatan, dan juga kesihatan,

mereka yang menaiki kapal terbang.

UMUM 
MARY CELESTE

Mary Celeste ialah kapal layar Amerika yang

ditemui ditinggalkan di Lautan Atlantik pada tahun

1872. Kehilangan anak kapalnya adalah satu

daripada misteri laut yang besar.

UMUM 
KELUARGA WYSS

Keluarga Wyss, menulis The Swiss Family

Robinson, cerita pengembaraan kanak-kanak yang

popular berkenaan dengan keluarga yang

mengalami nahas kapal. Johann David Wyss (1743–

1818) ialah pastor Switzerland, yang mereka cerita

tersebut untuk diberitahu kepada empat orang anak

lelakinya yang masih kecil. Dia menulis untuk

keluarganya dan melukis ilustrasi bersama-sama

anak lelakinya Johann Emanuel (1782–1837).

Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya

yang lain, Johann Rudolf (1781–1830) menemui

semula cerita tadi. Dia menyemaknya dan

menerbitkannya pada tahun 1812 dan tahun 1813.

Dia dan ayahnya kadangkala dianggap sebagai

pengarang kisah tersebut.

UMUM 
PICCARD

Piccard ialah nama keluarga ahli sains

Switzerland yang sangat terkenal dalam bidang

aeronautika (penerbangan) dan kajian lautan dengan

mereka bentuk dan menguji belon beraltitud tinggi

yang baru dan juga kapal selam laut dalam. Auguste

dan Jean Piccard, dua saudara kembar lahir di Basel,

Switzerland dan mendapat pendidikan di Zurich.

Jacques Piccard, anak lelaki Auguste lahir di Brussel,

Belgium , dan memperoleh ijazah dari University of

Geneva .

UMUM 

Kembali ke atas