Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gadis atau teruna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Aur lentik dijinak kijang,
     Anak Jawa minum di mangkuk;
Keningnya lentik dadanya bidang,
     Anak muda dipanah mabuk.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di mana bunga kembang,
     di situ kumbang banyak.

Bermaksud :

Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMANAH OUTWARD BOUND

Amanah Outward Bound mengendalikan

sekumpulan sekolah di Britain yang direka bentuk

untuk memperkukuh peribadi anak-anak muda

melalui pengembaraan. Amanah ini juga

membantu negara lain menubuhkan sekolahnya

sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi

peluang kepada anak-anak muda daripada

pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja

bersama-sama.

UMUM 
OUTWARD BOUND TRUST

Outward Bound Trust mengendalikan

sekumpulan sekolah di United Kingdom yang

direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak-

anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini

juga membantu negara lain untuk menubuhkan

sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah

ini memberi peluang kepada anak-anak muda

daripada pelbagai latar belakang bertemu dan

bekerja bersama-sama.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS

ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Cocos di Pulau Cocos, Australia. Di kalangan masyarakat ini, anak-anak muda diberi kebebasan mencari pasangan hidup sendiri dan kemudian barulah meminta persetujuan daripada ibu bapanya. Umur bagi anak perempuan berkahwin ialah 17 tahun ke atas dan bagi lelaki 21 tahun atau lebih. Pada masa dulu, pergaulan antara anak-anak muda tidaklah begitu bebas. Kesempatan mencari jodoh ialah pada waktu bulan terang. Anak-anak gadis berkumpul di hadapan rumah mereka meraut lidi daun kelapa untuk dibuat penyapu. Para pemuda mencari peluang untuk berkenalan pada waktu itu dan apabila mencapai persetujuan untuk mendirikan rumah tangga, hal itu disampaikan kepada ibu bapa masing-masing.

 

BUDAYAKonsep
DEAN, JAMES

Dean, James (1931–1955), pelakon filem

Amerika. Dia menjadi terkenal kerana kejayaannya

melakonkan watak anak muda yang muram dengan

penuh perasaan sebagai gambaran kekecewaan

dan sikap memberontak.

UMUM 
MILLAY, EDNA ST. VINCENT

Millay, Edna St. Vincent (1892–1950) ialah

penyair Amerika. Kebanyakan puisinya bertema

romantik. Dia menulis tentang cinta dan kematian,

tentang diri dan alam sejagat, dan tentang perasaan

anak muda yang memberontak. Dalam

menghasilkan puisi ini, dia menggabungkan sikap

sentimental dengan jenaka pintar dan kecanggihan.

UMUM 
ANAK LIMPA

Anak limpa ialah daging yang enak yang berasal

daripada organ-organ dalam tertentu pada anak

haiwan. Timus anak lembu muda menghasilkan anak

limpa yang dijual di restoran yang terbaik. Anak

limpa lembu tua dikenali sebagai anak limpa perut .

Ia hampir seperti anak limpa timus.

UMUM 
SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK

SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK (1862-1947), ulama Indonesia. Beliau lahir di Bukittinggi, Sumatera. Ayahnya seorang penghulu adat, manakala ibunya berasal dari Betawi. Riwayat hidupnya seperti sebuah cerita rakyat yang mengisahkan peralihan seorang `parewa’, iaitu anak muda yang adventurer, menjadi seorang ulama besar. Setelah berumur 24 tahun, Syeikh Muhammad Jamil ke Makkah untuk belajar dan menetap di sana selama 10 tahun. Beliau berguru dengan Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi dan Syeikh Tahir Jalaluddin, yang memberinya nama julukan al-Falaqi. Pada tahun 1903, beliau kembali ke Minangkabau. Setelah Syeikh Tahir Jalaluddin menerbitkan majalah Al-Imam di Singapura, Syeikh Muhammad Jamil bersama-sama Haji Abdul Karim Amrullah, Haji Abdullah Ahmad dan Syeikh M. Thaib Umar, memperkenalkan cita-cita dan pemikiran Kaum Muda. Mereka dianggap sebagai `empat sekawan’ ulama Kaum Muda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADAT PERKAHWINAN SULU

ADAT PERKAHWINAN SULU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Sulu di Filipina. Orang Sulu berkahwin pada usia yang amat muda, anak lelaki berumur 15 atau 16 tahun dan anak perempuannya lebih muda.

BUDAYAKonsep
SENEFELDER, ALOIS

Senefelder, Alois (1771–1834), mencipta

proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak

muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia

tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba

mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan

goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya

menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa

goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan

dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman.

UMUM 
PANGERAN MUDA HASHIM

PANGERAN MUDA HASHIM ( ? - ? ), pemimpin Sarawak.  Dia berasal daripada kerabat diraja Brunei.  Dia anak kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam dan ayahanda saudara kepada Sultan Omar Ali Saifuddien 11, Sultan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1234

Kembali ke atas