BERENDOI | BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir. Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai). Pada ketika anak itu selamat dinaikkan ke endoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi. Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
MULATO | Mulato ialah orang berketurunan campuran kulit putih dan kulit hitam. Istilah mulato juga digunakan terhadap orang yang mempunyai ibu atau bapa yang seorang berkulit putih dan seorang berkulit hitam. Anak daripada orang yang berkulit putih dan orang mulato dinamakan quadroon. Mulato berbeza dari segi rupa. Sesetengahnya mempunyai kulit yang gelap dan rambut keriting dan sesetengahnya tidak. Istilah kreol sering kali dikelirukan dengan istilah mulato. Di Amerika Syarikat, kreol ialah orang kulit putih daripada keturunan selatan Perancis atau Sepanyol. Lihat juga Amerika Latin (Penduduk; gambar). | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN SULUK | ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik. | BUDAYA | Konsep |
ADAT KELAHIRAN | ADAT KELAHIRAN, segala upacara yang dilakukan sejak seorang perempuan Melayu mengandung sehingga melahirkan anak. Upacara ini terdiri daripada lenggang perut atau kirim perut, memotong pusat, membelah mulut bayi, mencukur rambut dan memberi nama bayi. | BUDAYA | Konsep |