DIPONEGORO | DIPONEGORO (1785 – 1855), pejuang yang menentang kekuasaan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Dia dikenal juga dengan panggilan Syekh Ngadburahim atau Syekh Ngadbul hamid, anak sulung kepada Amangku Buwono III. Sejak kecil Diponegoro diberi didikan agama oleh neneknya, Ratu Agung, yang terkenal sebagai seorang alim. Semasa muda, Diponegoro sering bermeditasi di Gua Langse yang terletak di pantai selatan Pulau Jawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PRIMOGENITUR | Primogenitur ialah sistem pewarisan yang diamalkan dengan meluasnya di Eropah sejak beratus-ratus tahun. Menurut sistem ini, anak sulung dalam sesebuah keluarga, dan biasanya anak lelaki yang tertua, mempunyai hak mutlak mewarisi pusaka (tanah dan harta benda lain) daripada ibu bapanya. | UMUM | |
ZAYNAB BINT MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W. | Zaynab bint Muhammad Rasulullah SAW ( ? –8H/? – 630 M), anak sulung Rasulullah SAW. Bondanya ialah Khadijah bint Khuwaylid. Dia merupakan anak perempuan Rasulullah yang pertama mendirikan rumah tangga. Dia dikahwinkan dengan anak ibu saudara nabi, Abu al-’As ibn al-Rabi’ al-Abshami sebelum diutus menjadi rasul. | UMUM | |
ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM | ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM (1591-1636), Sultan Aceh. Dia lahir pada bulan Januari 1591. Semasa kecil dia bernama Darma Wangsa atau nama timang-timangannya, Tun Pangkat. Dia ialah anak sulung Mansur Syah dan Puteri Diraja Ratna Wangsa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RASHID MAIDIN | RASHID MAIDIN (1917- ), salah seorang pemimpin Rejimen ke-10, Parti Komunis Malaya (PKM). Dia lahir pada bulan Oktober 1917 di Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Dia dibesarkan dalam keluarga miskin dan dia adalah anak sulung. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Gunung Panjang, Gopeng, Perak hingga Darjah Lima. Dia belajar di sekolah agama di kampungnya pada sebelah petang. Kemiskinan keluarga telah memaksa Rashid menamatkan pelajarannya pada tahun 1928 dan mencari pekerjaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NIK ABDULLAH HAJI WAN MUSA | NIK ABDULLAH HAJI WAN MUSA (1900 – 1935), ulama. Dia lahir di Jalan Merbau, Kota Bahru, Kelantan. Nik Abdullah ialah anak sulung Haji Wan Musa, seorang ulama, dan cucu Tuan Tabal, ulama yang terkenal di Kelantan pada penghujung abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PRAMOEDYA ANANTA TOER | Pramoedya Ananta Toer PRAMOEDYA ANANTA TOER (1925-2006), penulis novel Indonesia. Dia lahir pada 6 Februari 1925 di Blora, Jawa Tengah, Indonesia. Pramoedya ialah anak sulung nasionalis Pak Toer. Pramoeya menamatkan pendidikan dasarnya ketika berusia 15 tahun. Kemudian dia memasuki sekolah kejuruan radio di Surabaya. Ketika tentera Jepun mendarat di Jawa, Pramoedya kembali ke Blora. Pada masa pendudukan Jepun, ibunya meninggal dunia. Ayah Pramoedya menyuruhnya mencari pekerjaan di Jakarta bersama-sama adik lelakinya. | SASTERA | Tokoh |
SULTAN HUSIN SYAH | SULTAN HUSIN SYAH ( ? -1835), Sultan Johor-Singapura (1819-1835) dan putera sulung Sultan Mahmud Syah Johor. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Husin. Pada tahun 1803, baginda berkahwin dengan Raja Bulang, anak Engku Muda Muhammad. Ketika ayahandanya Sultan Mahmud Syah mangkat di Lingga pada tahun 1812, Tengku Long Husin berada di Pahang kerana berkahwin dengan Wan Esah, adik Bendahara Wan Ali. Dengan desakan Yamtuan Muda Raja Jaafar, adinda Tengku Long Husin, Tengku Abdul Rahman, dilantik sebagai pengganti. Pelantikan ini tidak disetujui oleh Raja Hamidah (Engku Puteri), balu Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Wan Ali. Namun pertempuran tidak berlaku antara kedua-dua pihak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PUTERI JAMILAN | PUTERI JAMILAN, gelaran yang dipusakai turun-temurun dan dipegang oleh bonda permaisuri Pagarruyung dan Suruasso di Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Melalui gelaran Puteri Jamilan inilah kedua-dua takhta kerajaan ini disahkan. Gelaran Puteri Jamilan diwariskan daripada emak kepada anak perempuan yang sulung. Berdasarkan sumber dari Eropah pada abad ke-17 dan ke-18, gelaran Puteri Jamilan menyamai gelaran “Bundo Kanduang’ (bonda kandung) dalam cerita Minangkabau yang terkenal iaitu Kaba Cindo Mato. Kedua-duanya adalah bonda kepada raja Pararruyung dan status mereka adalah lebih tinggi daripada anak lelaki mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KI HADJAR DEWANTARA | KI HADJAR DEWANTARA (1889-1959), pendidik dan ahli politik Indonesia. Dia lahir di Yogyakarta, Indonesia. Dai adalah anak keempat Pangeran Suryaningrat, putera sulung Paku Alam III di Yogyakarta. Nama sebenarnya ialah Raden Mas Suwardi Suryaningrat. Semasa kecil, dia didedahkan pada suasa kesusasteraan Jawa, Islam dan Hinduisme dalam lingkungan para bangsawan keraton. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |