DIATOM | Diatom ialah organisma mikroskopik bersel tunggal. Diatom terdapat di lautan, tasik air tawar, sungai dan anak sungai dan juga di tanah yang lembap. Dalam air, diatom hidup melekat pada batuan, pasir atau tumbuhan, atau ia mungkin terapung bebas | UMUM | |
HAJI SULONG PATANI | HAJI SULONG PATANI (1895 – 1954), ulama Patani. Dia lahir pada tahun 1895 di Kampung Anak Ru, Patani Thailand. Nama asalnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Sulom Haji Abdulkadir bin Muhammad al-Fatoni. Namun dia lebih dikenal dengan nama Haji Sulong kerana mengikut panggilan yang diberi oleh masyarakat Melayu kepada anak pertama. Dia merupakan anak lelaki tunggal. Dia menerima pendidikan awal di Pondok Tuan Guru Haji Wan Musa iaitu Pondok Bandar, sebuah pondok tradisional yang terkenal di Patani pada waktu itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HABIB HASAN SAYED AHMAD | HABIB HASAN SAYED AHMAD (1840-an-1932), usahawan dan dermawan. Dia lahir sekitar tahun 1840-an di Kampung Pulau Malana, Pahang. Bapanya, Sayed Ahmad bin Hassan al-Attas, seorang pedagang yang berasal dari Hadramaut, berpindah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 dan menetap di Pahang. Kemudian dia berkahwin dengan seorang gadis tempatan dan hasil daripada perkahwinan inilah lahir Habib Hasan sebagai anak lelaki tunggal mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CERITA ASAL USUL | CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi. | SASTERA | Konsep |