Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nar.kis.me] | انرکيسمى

Definisi : fahaman (pendirian) bahawa se­gala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan: kejujuran Moleire terhadap pembentukan masyarakat Perancis ialah dgn membetulkan fatalisme dan ~ yg terdapat dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anarkisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANARKISME

Anarkisme ialah  kepercayaan bahawa setiap

bentuk peraturan atau kerajaan adalah tidak

bermoral, dan kekangan seseorang oleh seseorang

lain ialah satu kejahatan yang mesti dihapuskan.

Anarkisme berasal daripada perkataan Yunani yang

bermakna tanpa kerajaan.

UMUM 
KROPOTKIN, PETER

Kropotkin, Peter (1842–1921), ahli geografi

dan penulis politik Rusia yang berpegang kepada

fahaman anarkisme. Dia lahir di Moscow, Kropotkin.

Dia sebenarnya seorang putera raja tetapi

dia membuang gelaran diraja ini. Dari tahun 1867

hingga 1871, dia menjelajah ke Siberia, Manchuria,

Finland dan Sweden. Pada tahun 1873, Kropotkin

menerbitkan sebuah peta baharu utara Asia.

UMUM 

Kembali ke atas