ANATOMI BANDINGAN | Anatomi bandingan lihat Anatomi. | UMUM | |
ANATOMI | Anatomi ialah kajian tentang struktur tumbuh- tumbuhan, haiwan, dan manusia. Istilah ini terbit daripada perkataan Yunani yang bermakna “membedah”, kerana pengetahuan anatomi buat pertama kali diperoleh melalui pembedahan. Badan manusia dan haiwan adalah sangat kompleks sehingga ahli sains membahagikan anatomi kepada banyak cabang. Anatomi kasar ialah kajian struktur haiwan yang boleh dilihat oleh mata kasar. Anatomi mikroskopik, atau histologi, ialah kajian tentang tisu di bawah mikroskop. Anatomi perbandingan membandingkan struktur haiwan yang berbeza-beza. Embriologi ialah kajian tentang perkembangan tumbuh-tumbuhan dan haiwan semasa peringkat terawalnya. | UMUM | |
SWAMMERDAM, JAN | Swammerdam, Jan (1637–1680) ialah pakar anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil, terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi saraf dan otot. | UMUM | |
ANATOMI TUMBUHAN | Anatomi tumbuhan, kajian morfologi tumbuhan yang berkaitan dengan organisasi atau sistem struktur dalam dan bentuknya. | BIOLOGI | Kaedah |
MORGAGNI, GIOVANNI BATTISTA | Morgagni, Giovanni Battista (1682–1771), ahli anatomi dan ahli patologi Itali, dikenali sebagai ‘bapa patologi anatomi’. Dia menemui dan menerangkan tentang beberapa penyakit jantung dan saluran darah. Buku Morgagni, On the Seats and Causes of Diseases (1761), merupakan pencapaian penting dalam sejarah patologi (lihat Patologi). | UMUM | |
STUBBS, GEORGE | Stubbs, George (1724–1806), pelukis, pengukir dan ahli anatomi British yang termasyhur kerana lukisannya tentang kuda. Dia menulis dan mengukir ilustrasi bagi Anatomy of the Horse, yang diterbitkan pada tahun 1766. Stubbs lahir di Liverpool, England. Dia mempelajari dan kemudian mengajar anatomi di Hospital York, di Yorkshire. | UMUM | |
PLEKSUS | Pleksus dalam anatomi, ialah rangkaian bahagian yang saling terjalin. | UMUM | |
APENDIKS | Apendiks dalam anatomi ialah struktur yang melekat pada bahagian yang lebih besar atau lebih penting. Istilah ini biasanya merujuk kepada apendiks vermiform (bak cacing), tiub halus dan tertutup yang menganjur dari usus buntu , bahagian pertama usus besar. | UMUM | |
BICHAT, MARIE FRANÇOIS XAVIER | Bichat, Marie François Xavier (1771–1802) ialah pakar bedah, ahli anatomi dan ahli fisiologi Perancis. Dia ialah ahli sains pertama mengasaskan anatomi dan fisiologi pada kajian tisu dan bukan pada organ. Bichat ialah salah seorang pengasas histologi , kajian tentang struktur halus haiwan dan tisu sayuran. Dia menggesa penggunaan autopsi dalam mengkaji penyakit, dan dia sendiri melakukan lebih daripada 600 autopsi. | UMUM | |
MALPIGHI, MARCELLO | Malpighi, Marcello (1628–1694), ahli anatomi Itali yang terkenal kerana penyelidikannya tentang struktur tisu manusia. Dia menemui saluran rerambut, iaitu pembuluh darah kecil yang membawa darah di antara arteri dan vena. | UMUM | |