Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
usia
Rujuk :umur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI

SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI (1884/1892-1979), ulama. Beliau berasal dari Maghribi, Afrika. Nama penuh beliau ialah Syeikh al-Qadi Abu Jabir Abdullah ibn Ahmad ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Ahmad ibn Muhammad al-Qayruwani al-Balawi al-Ghadamisi al-Maghribi. Syeikh Abdullah membesar dalam keluarga yang menitikberatkan pengajian agama. Pendidikan awal beliau bermula dengan menghafal al-Qur'an, seterusnya mempelajari asas ilmu agama dan berjaya menguasai ilmu-ilmu tersebut sebelum mencapai usia remaja.Syeikh Abdullah datang ke Tanah Melayu dan berkhidmat di Madrasah Idrisiyah, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1924. Ketika itu, beliau berusia 40 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUSA IBN NUSAYR

Musa ibn Nusayr (19 H.– 97 H./640 M.– 715 M.),

ahli politik, penakluk berbangsa Arab pada zaman

pemerintahan kerajaan Umayyah. Nama penuhnya

ialah Musa ibn Nusayr ibn Abdul Rahman ibn Zayd.

Gelarannya ialah Abu Abdul Rahman Pembuka

Andalus dan juga al-Lakhamiy. Dikatakan juga

gelarannya ialah al-Umawiy kerana kesetiaannya

kepada Bani Umayyah. Berasal dari Wadi al-Qura,

Hijaz. Bapanya Nusayr adalah salah seorang

pengawal peribadi Mu’awiyah. Musa telah dididik

dengan cara hidup yang lasak dan kental. Dia telah

menerima pelbagai tugas semenjak usia mudanya

lagi dan dapat melaksanakannya dengan jaya.

UMUM 
SAYID ABU BAKAR SAYID ABDULLAH

SAYID ABU BAKAR SAYID ABDULLAH (1898-1981) , ulama dan pendakwah. Dia lahir pada 11 Disember 1898 di Jalan Pisang, Singapura. Sayid Abu Bakar berasal daripada keturunan Arab Sayid al-Attas. Dia mendapat pendidikan awal dari sekolah Arab dan Melayu di Kampung Pisang, Singapura.  Oleh sebab penduduk Kampung Pisang majoritinya orang Melayu, dia menjadi biasa dengan adat dan tradisi orang Melayu.  Dalam usia belasan tahun Sayid Abu Bakar  telah dihantar oleh keluarganya belajar di Hadramaut, Yaman, bagi mempelajari ilmu agama dan bahasa Arab.  Ketika usianya 21 tahun, dia sudah hafaz sebuah al-Quran. Dia mempelajari ilmu agama dan menghafaz al-Quran di salah sebuah madrasah di Tarim, Hadramaut. Dia juga memperoleh ijazah Aliyah (Sarjana Muda).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA BOT RAJA JUMAAT

RAJA BOT RAJA JUMAAT (1849-1916), pentadbir daerah Lukut. Dia adalah putera Raja Jumaat bin Raja Jaafar dan ibunya ialah Senai, puteri Sultan Muhammad. Semasa berumur lapan tahun, dia telah khatam al-Qur’an. Tiga tahun kemudian dia dihantar ke Melaka untuk mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Melaka. Dia dijaga oleh Kolonel Ronald Macpherson, Residen Kauselor Melaka. Selepas itu, dia diajar hal-hal perniagaan oleh Baba Chee Yam Chuan, saudagar Melaka yang juga sabahat baik Raja Jumaat. Chee Yam Chuan banyak membantu pembangunan Lukut. Raja Bot kembali ke Lukut setelah berada di Melaka selama dua tahun. Dalam usia 13 tahun, dia membantu ayahnya menjalankan peniagaan, khususnya membeli keperluan seperti pakaian, candu dan makanan yang dijual kepada pekerja lombong.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas