KEPULAUAN ANDAMAN DAN NICOBAR | | UMUM | |
PHUKET | Phuket ialah pulau yang terbesar di Thailand. Ia terletak 885 kilometer ke selatan Bangkok di Laut Andaman. Phuket dihubungkan ke tanah besar oleh Jambatan Sarasin. Untuk melihat lokasi Phuket, lihat Thailand (peta). Phuket ditadbirkan sebagai wilayah Thailand . | UMUM | |
RAPANG KETAM | Rapang ketam ialah burung randuk yang terdapat di pantai Lautan Hindi, dari Afrika Timur hingga ke Burma serta di Kepulauan Andaman dan Madagascar di Lautan Hindi. Badan burung ini berwarna putih, belakang dan kepaknya berwarna hitam. | UMUM | |
TELUK BENGGALA | Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan Hindi, yang bersempadan dengan India, Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta, Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza. Kepulauan Andaman dan Nicobar serta Kepulauan Mergui terletak di timur teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi ombak gadang ada kalanya berlaku di teluk ini pada penghujung musim monsun (September/Oktober). | UMUM | |
MELAYU MYANMAR | MELAYU MYANMAR, suku kaum yang tinggal di Kepulauan Mergui, Myanmar. Suku kaum yang terkenal ialah Orang Laut Selung atau dikenal juga sebagai Selone, Selong, Selung, Silong atau Salon. Kepulauan Mergui terletak di utara laut Andaman dan pantai Tenasserim di selatan Myanmar. Golongan Selung diketahui menduduki Kepulauan Mergui sejak tahun 1827. Orang Myanmar memanggil mereka orang ‘Pase’. ‘Pase’ dalam bahasa Myanmar bererti Melayu. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
SEMANG | SEMANG, suku kaum Orang Asli yang terdapat di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand. Masyarakat Semang juga terdapat di Filipina hingga ke Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, selatan Myanmar, pedalaman Sumatera dan Sulawesi. Istilah Semang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk kepada Orang Negrito yang hidup memburu dan memungut hasil hutan di Semenanjung Malaysia. Di Selatan Thailand, orang Semang juga dikenal sebagai ‘Tonga’ atau ‘Mos’. Manakala di Kelantan, masyarakat ini dikenal sebagai ‘Pangan’. Namun, kedua-dua istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan istilah Negrito. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |