| DUBUK | Dubuk ialah mamalia yang terkenal kerana  lolongannya yang aneh seperti hilaian orang yang  diserang histeria. Dubuk memburu haiwan sebagai  makanannya. Ia juga memakan sisa-sisa bangkai  haiwan.  | UMUM |   | 
			
				| DUCCIO DI BUONINSEGNA | Dubuk ialah mamalia yang terkenal kerana  lolongannya yang aneh seperti hilaian orang yang  diserang histeria. Dubuk memburu haiwan sebagai  makanannya. Ia juga memakan sisa-sisa bangkai  haiwan.  | UMUM |   | 
			
				| PERANG 1812 | Perang 1812 ialah peperangan antara Great Britain (kini dikenali sebagai United Kingdom) dengan Amerika Syarikat. Ia merupakan peperangan aneh yang mungkin boleh dinamakan sebagai Perang Kesilapan Komunikasi. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi sebab utama meletusnya pertempuran. Sekiranya wujud komunikasi telegraf antara Amerika dengan Eropah, peperangan itu mungkin boleh dielakkan.  | UMUM |   | 
			
				| SPARK, MURIEL | Spark, Muriel (1918– ) ialah wanita British yang terkenal kerana novel pendeknya. Spark mengisi novelnya dengan dialog yang berjenaka, watak aneh, dan peristiwa pelik. Unsur ini biasanya humor, tetapi Spark mengolahnya untuk mendalami persoalan moral dan agama yang serius.  | UMUM |   | 
			
				| MIN MIN | Min min ialah nama yang diberi oleh Orang Asli Australia kepada ‘will-o-the wisp’ yang ditemui di kawasan pedalaman Australia – satu cahaya aneh yang kadangkala terkatung-katung di udara di kawasan tanah paya.  | UMUM |   | 
			
				| KUMBANG TENGKORAK | Kumbang tengkorak atau dalam bahasa  Inggeris dinamakan Deathwatch ialah nama yang  diberi kepada beberapa jenis kumbang kecil  berwarna perang. Ia mempunyai tabiat aneh, iaitu  menghantukkan kepalanya pada kayu. Perbuatan  ini menghasilkan bunyi tik atau tap yang aneh.  | UMUM |   | 
			
				| TAMAN NEGARA BRYCE CANYON | Taman Negara Bryce Canyon, yang terletak  di selatan Utah, Amerika Syarikat, merupakan salah  satu kawasan di dunia yang mengandungi batuan  yang berbentuk aneh dan warna yang cantik. Ia  meliputi 14 500 hektar wilayah Grand Canyon di  Dataran Tinggi Colorado. Namanya adalah  sempena nama Ebenezer Bryce, perintis yang  menetap di wilayah ini pada tahun 1875.  | UMUM |   | 
			
				| DINESEN, ISAK | Dinesen, Isak (1885–1962) ialah nama pena  Baroness Karen Blixen-Finecke, pengarang  Denmark yang menulis dalam bahasa Inggeris dan  bahasa Denmark. Karya-karyanya membicarakan  manusia dan situasi yang aneh, tidak  munasabah dan ganjil.  | UMUM |   | 
			
				| SURAH AL-KAHFI | Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana kandungannya menceritakan mengenai mukjizat Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib, iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima surah yang bermula dengan perkataan (alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan (alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am, Saba’, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya, pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta kesempurnaan-Nya.  | UMUM |   | 
			
				| NAMA PADANG | Nama padang mungkin memerikan bentuk  padang, kualiti dan lokasinya. Sesetengah padang  diberi nama mengambil sempena nama orang atau  peristiwa bersejarah. Nama seperti brade, balk, flat   dan shute merujuk kepada bidang tanah di padang  terbuka pada Zaman Pertengahan. Sesetengah  nama padang berasal daripada kata lama bagi  pastura dan kandang haiwan. Beberapa nama aneh,  nama julukan, dan nama ironik juga diberikan  kepada padang.  | UMUM |   |