Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.né.ka] | انيک

Definisi : (anéka) banyak (jenisnya dll), berbagai-bagai, berjenis-jenis, bermacam-macam: sekolah ~ jurusan; serba ~ bermacam-macam, berbagai-bagai (jenis); beraneka berjenis-jenis, bermacam-macam: buku ini mengandungi latihan ~; keanekaan kepelbagaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.né.ka] | انيک

Definisi : /anéka/, = beraneka banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aneka


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANEKA WARNA

ANEKA WARNA, majalah pengetahuan am yang diterbitkan pada bulan Oktober 1954 oleh Qalam Press Limited, Singapura.  Pengarangnya ialah Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus (Ahmad Lufti).  Majalah bulanan ini diterbitkan dalam tulisan Jawi dengan berukuran 17 cm x 12 cm.  Keluaran pertamanya mengandungi 66 halaman, kemudian ditambah menjadi 90 halaman.

SASTERAKonsep
SARKAS

Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang

menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis

trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih

haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih

memainkan peranan penting dalam kebanyakan

sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu

menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan

sementara kumpulan pancaragam dan penghibur

dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi

warna-warni dan keseronokan.

UMUM 
BURLESQUE

Burlesque, satu bentuk hiburan aneka ragam

yang popular di Amerika Syarikat pada awal tahun

1900-an. Kemuncak kepopularan burlesque adalah

dari tahun 1905 hingga tahun 1920-an. Pada masa

itu burlesque dipersembahkan dalam bentuk yang

standard dan hampir menyamai vaudeville (lihat

Vaudeville).

UMUM 
KEGIATAN BAHASA DI SINGAPURA

KEGIATAN BAHASA DI SINGAPURA, kegiatan sambutan Bulan Bahasa yang mula diadakan pada bulan Ogos 1982. Kegiatan ini dianjurkan oleh Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura (Majlis Pusat) dengan kerjasama Angkatan Pelukis Aneka Daya, Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS ’50), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu, Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu Singapura, Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura dan Dewan Perniagaan Melayu Singapura.

BAHASAKegiatan
BAKAT TV

BAKAT TV, pertandingan bagi mencungkil bakat baharu dalam semua bidang hiburan yang dibuat secara tahunan oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Bakat TV dimulakan pada tahun 1970 dan berakhir pada tahun 1981. Selepas itu, Bakat TV ditukar bentuk menjadi Bakat RTM. Pada tahun 1970, semua jenis bakat digabungkan dalam satu pertandingan iaitu nyanyian solo, nyanyian berpadu suara, solo instrumental, pancaragam, aneka persembahan (silap mata, mimik dan lawak jenaka), dan disiarkan di televisyen secara bersiri.

BUDAYAKegiatan
TELEVISYEN

Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah

satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia

membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke

berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa

lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan

benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah

dan menonton pemimpin negara membuat ucapan

atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh

menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan

melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha

untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton

dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan,

pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh.

Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh

menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik,

dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia.

Televisyen juga membawa penonton keluar dari

dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa.

Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai

rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur.

Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan

hiburan berbanding dengan rancangan lain.

Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri

fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara

sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam;

dan filem cereka.

UMUM 

Kembali ke atas