BAHASA MELAYU PRAMERDEKA, bahasa Melayu ang digunakan sebelum tahun 1957. Bahasa Melayu ini tidak berkembang dengan meluas dan pesat.
Angsa ialah sejenis burung air yang berkait rapat
dengan itik dan swan. Seperti itik dan swan, angsa
mempunyai paruh yang pipih; leher yang panjang;
bulu tak telap air; sayap yang panjang, runcing;
ekor yang pendek; kaki yang pendek dan
merupakan kaki renang. Tetapi angsa lebih besar
daripada itik dan lebih kecil daripada swan, dan
angsa mengeluarkan bunyi ang bukannya
menguek atau bersiul. Angsa jantan dikenali
sebagai “ganders” dalam bahasa Inggeris.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA IBUNDA, ragam bahasa yang mula-mula dikuasai oleh seseorang penutur bahasa. Ragam bahasa ini biasanya diperoleh semasa anak-anak lagi dan merupakan bahasa ang pertama didengar oleh seseorang bayi daripada anggota keluarganya.
PESAKA, parti politik. PESAKA ialah singkatan Parti Pesaka Anak Sarawak. Parti ini ditubuhkan oleh orang Iban di Bahagian Sibu, Sarawak pada bulan Ogos 1962. Antara pemimpin Iban ang bertanggungjawab menubuhkan PESAKA ialah Penghulu Musam anak Radin, Penghulu Francis Bujang anak Manja dan Penghulu Francis Umpau. Temenggung Jugah kemudian dilantik sebagai Presiden PESAKA.
Thanks for clicking. That felt good.