SANTA ANNA, ANTONIO LÓPEZ DE | Santa Anna, Antonio López de (1794–1876) ialah anggota tentera dan ahli politik Mexico. Dia menjadi presiden Mexico sebanyak 11 kali dan sering memerintah sebagai diktator namun dia kerap kali digulingkan. | UMUM | |
ABU QATADAH AL-ANSARIY | Abu Qatadah al-Ansariy ( ? –54 H/?–674 M.) ialah salah seorang daripada sahabat Nabi SAW dari suku Khazraj. Dia juga salah seorang daripada anggota tentera berkuda Rasulullah SAW. Baginda pernah memuji kegagahannya dalam sesetengah peperangan dengan bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik tentera berkuda kami ialah Abu Qatadah.” | UMUM | |
MAHKAMAH TENTERA | Mahkamah tentera memutuskan kes perundangan yang berkaitan dengan anggota perkhidmatan bersenjata dan orang awam yang bekerja di pangkalan tentera. Mahkamah tentera mengikut kaedah perundangan yang biasa. Contohnya, banduan-banduan dianggap tidak bersalah sehingga terbukti kesalahannya secara terperinci dan diberi butir-butir pertuduhan terhadap mereka. Dalam kes yang lebih berat, banduan-banduan diberi peguam bela yang terlatih (biasanya tanpa dikenakan sebarang bayaran) dan diberi setiap kesempatan untuk menyediakan kes mereka sendiri. | UMUM | |
TEUKU ISKANDAR | TEUKU ISKANDAR (1924 - ) sarjana dan penyusun kamus. Dia lahir di Trieng Gading, Kota Sigli, Pidie, Aceh. Nama penuhnya ialah Teuku Iskandar bin Teuku Ali Basyah. Teuku Iskandar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda di Kota Sigli, kemudiannya Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) di Kutaraja dan Algemeene Middlebare School (AMS) di Jakarta. Semasa Jepun memerintah Indonesia dia kembali semula ke Aceh untuk bersama-sama keluarganya. Dia pernah menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Pematang Siantar, Sumatera Utara, berjuang melawan tentera kolonial Belanda. Dia menjadi anggota TNI selama setahun (1946 – 1947). | SASTERA | Tokoh |
PERANG YARMUK | Perang Yarmuk berlaku pada tahun 15 H./636 M. antara tentera Islam di bawah pimpinan Khalid ibn al-Walid dengan tentera Rom di bawah pimpinan Thiordas, pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab. Pada awal pertempuran ini, tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera Rom di bandar Fahl. Mereka juga telah meneruskan penguasaannya sehingga ke sempadan Damsyik. Di sana, tentera Islam mengepung kota ini selama hampir setahun tujuh bulan. Kemudian pihak musuh telah menyerah diri. Hal ini berlaku pada tahun 14 H./635 M. Kesan daripada penawanan Damsyik daripada tangan tentera Byzantine Rom itu telah menyebabkan raja mereka, Hercules menggerakkan bala tentera yang dianggarkan seramai 200 000 anggota yang dipimpin oleh saudaranya, Thiordous menentang tentera Muslimin yang berjumlah 25 000 orang yang dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid. Peperangan antara kedua-dua pihak tidak dapat dielakkan. Pihak tentera Islam telah memperoleh kemenangan. | UMUM | |
PERBARISAN | Perbarisan ialah kawat awam atau perarakan bagi menghormati sesuatu perayaan tertentu. Suasana perbarisan berbeza, sama ada untuk bersuka-suka atau memberi penghormatan. Anggota angkatan tentera sering berkawat pada hari cuti bagi menunjukkan kekuatan, suasana, peralatan, dan kemahiran. Kebanyakan perbarisan adalah peristiwa berwarna-warni dengan pentas bergerak, kumpulan muzik, berpakaian cerah dan haiwan yang terlatih. | UMUM | |
ATHLONE, EARL OF | Athlone, Earl of (1874–1957), anggota keluarga diraja Britain dan seorang pegawai tentera, berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Kanada dari tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai seorang gabenor jeneral, dia menumpukan perhatiannya untuk mengekalkan peranan Kanada semasa Perang Dunia II (1939 –1945). Pada tahun 1943 dan 1944, dia menjemput Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill untuk menghadiri dua persidangan masa perang yang bersejarah di kediamannya di Quebec. | UMUM | |
ASKAR UPAHAN | Askar upahan ialah seseorang yang berkhidmat dalam angkatan tentera negara luar untuk mendapatkan wang. Kebanyakan lelaki atau wanita yang menjadi anggota askar upahan ini melakukannya kerana upah ataupun kerana mereka sukakan peperangan dan pengembaraan. | UMUM | |
MICHENER, JAMES ALBERT | Michener, James Albert (1907–1997) ialah pengarang Amerika yang telah memenangi Hadiah Pulitzer tahun 1948 bagi kategori fiksyen untuk koleksi ceritanya, Tales of the South Pacific (1947). Buku itu menghuraikan kehidupan anggota tentera Amerika Syarikat di kalangan penduduk Kepulauan Solomon semasa Perang Dunia II. Joshua Logan, Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II menerbitkan komedi muzikal mereka, South Pacific (1949) berasaskan koleksi cerita Michener. | UMUM | |
MAGERAN | MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja pentadbiran awam, tentera dan polis bagi mengembalikan keamanan negara. MAGERAN ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada 16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail. | UMUM | |