Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya): elok bentuk mukanya, putih kuning cahaya warna kulitnya, hebat ~ jalannya; begitu ~ baju baldu hitam yg berpotongan kebaya itu; keanggunan keelokan, ketampanan: ia tersenyum mengagumi ~ perkembangan fikirannya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : ® anghun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : elok, bergaya dan menarik (bkn cara berpakaian, tingkah laku, gaya): Dia kelihatan begitu ~ berpakaian begitu. keanggunan keadaan atau sifat anggun: Para penonton terpesona dgn ~ penyanyi itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL SASTERAKarya
NASH, BEAU

Nash, Beau (1674–1762) ialah peraga Inggeris

yang terkenal dengan pakaiannya yang menarik

dan gayanya yang anggun. Pada tahun 1704, dia

menjadi pengacara majlis di Bath. Banyak

bangunan dan jalan yang cantik di Bath, serta

kejayaannya sebagai tempat peranginan adalah

berpunca daripada pengaruh Nash. Nash lahir di

Swansea dan diberi nama Richard Nash. Dia

menuntut di Oxford University dan kemudian

belajar undang-undang di Temple, London. Dia

menjadi pegawai tentera dan juga seorang kaki

judi.

UMUM 
NERVI, PIER LUIGI

Nervi, Pier Luigi (1891–1979) ialah arkitek dan

jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan

kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri

yang praktik mestilah cantik dan anggun

berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi

terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat

bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh

berdasarkan pengiraan matematik berbanding

dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula

dikenali apabila dia menggunakan konkrit

bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa

teknik struktur dengan menggunakan konkrit.

UMUM 
SIJOBANG

SIJOBANG, cerita rakyat (kaba) Minangkabau di daerah Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia.  Nama cerita ini berasal daripada nama tokoh utamanya, Si Jobang Sati, yang lebih dikenali sebagai Anggun nan Tungga.  Cerita sijobang dipercayai sudah wujud semenjak tahun 1855 berdasarkan naskhah yang ditemui yang mencatatkan tarikh tersebut.  Cerita sijobang pernah dibukukan, tetapi di Sumatera Barat ia lebih dikenal sebagai cerita lisan yang didendangkan pada majlis perkahwinan.  Cerita Anggun nan Tungga juga dipersembahkan dalam bentuk randai.

SASTERAKarya
PAWANG ANA

PAWANG ANA ( ? -? ), penglipur lara Melayu pada abad ke-19.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui.  Pawang Ana berasal dari Perak.  Dia ialah bapa mentua Mir Hassan, juga seorang penglipur lara.  Cerita-cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana dikumpul pada akhir abad ke-19 oleh R.O. Winstedt, seorang pegawai tadbir British di Tanah Melayu.  Usaha pencatatan cerita-cerita ini dilakukan oleh Raja Haji Yahya dari Cendering, Perak.  Antara cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana termasuklah Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.

SASTERATokoh

Kembali ke atas