SEICHE | Seiche ialah gelombang panjang di tasik, teluk atau lembangan yang serupa. Seiche biasanya disebabkan oleh angin kencang, gempa bumi kecil, atau perubahan dalam tekanan atmosfera. Seiche ringan kerap berlaku di Tasik Geneva di Switzerland dan di Tasik Erie serta Tasik Garam Besar di Amerika Utara. | UMUM | |
ANGIN PASAT | Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal pedagang banyak bergantung pada angin pasat. | UMUM | |
AVALANCHE | Avalanche ialah kumpulan besar salji yang menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche. Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam. Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah, yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan- kepingan kecil semasa ia menggelongsor. | UMUM | |
RIBUT | Ribut biasanya merujuk kepada keadaan cuaca yang tidak menyenangkan atau merosakkan yang terdiri daripada hujan, salji, kerpasan sangat sejuk, hujan batu, angin kencang atau gabungan kesemuanya. Ribut adalah siklon atmosfera – iaitu, kawasan tekanan rendah di keliling angin yang berpilin ke dalam. | UMUM | |
MISTRAL | Mistral adalah angin utara yang sejuk, kering, dan bertiup kencang dari barat Alps dan penara di selatan Perancis dan keluar ke Mediterranean. Udara yang berat dan sejuk dari tanah tinggi bergerak semakin laju apabila menghampiri udara yang lebih panas dan ringan di atas permukaan laut pada musim sejuk. Keadaan ini menyebabkan wujudnya angin kencang secara tiba-tiba, apabila angin sejuk turun ke aras laut dan angin panas bergerak ke atas. Mistral menyebabkan fros berlaku dan menyebabkan kerosakan tumbuhan. Keadaan ini tidak sesuai bagi ladang anggur di selatan Perancis. Angin mistral lazimnya bertiup selama 100 hari dalam setahun. | UMUM | |
SURAH AL-DHARIYAT | Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut susunan surah-surah dalam al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini dinamakan al- Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang yang menerbangkan semua benda. Seperti surah Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga menekankan aspek-aspek keimanan kepada kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan pembinaan akidah yang kukuh yang berasaskan ketakwaan dan keimanan. | UMUM | |
ANGIN | Angin ialah udara yang bergerak merentas permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu kuat dan kencang sehingga merobohkan bangunan dan menumbangkan pokok besar. | UMUM | |
SARAH AIS | Sarah ais atau dinamakan pek ais. Apabila permukaan air laut di kawasan Artik membeku, ia menjadi lembar ais. Apabila angin bertiup kencang, ia boleh memecahkan lembar ais ini. Kepingan ais yang besar juga boleh memecahkan lembar ais apabila bahagian tepinya mencair pada musim panas. Kepingan ais leper yang terapung yang dikenali sebagai flo ais , boleh terbentuk semula bersama sarah ais , sama ada terapung di lautan atau tersusun di pinggir pantai. Sarah ais juga dikenali sebagai ais sarah. Lihat juga Aisberg; Antartika; Lautan Artik. | UMUM | |