Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : angin kencang, badai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : angin yg bertiup dgn kencang; badai: Hujan turun dgn lebatnya disertai ~ yg kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ribut
Rujuk :taufan

Puisi
 

Kelam-kabut Kuala Usai,
     Hujan tidak berhenti lagi;
Angin ribut gelombang usai,
     Baik belayar lawan tepi.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETREL

Petrel adalah satu daripada sekumpulan besar

burung laut. Ia berkeliaran di semua lautan di

dunia. Petrel jarang datang ke daratan kecuali

semasa musim membiak, atau apabila ia ditiup

angin ribut ke pantai. Ia biasanya membuat sarang

di belebas yang terlindung atau dalam lubang di

sepanjang pesisir. Petrel berwarna hitam, kelabu

atau putih. Panjangnya berbeza-beza daripada kira-

kira 15 sentimeter hingga 90 sentimeter.

Sesetengah petrel mencari makanan dengan

menjunam ke dalam air. Tetapi kebanyakan petrel

terbang dekat dengan ombak dan mengambil

makanan dari permukaan air.

UMUM 
PERTAHANAN AWAM

Pertahanan awam juga dikenali sebagai

perlindungan awam , ialah program yang dibiayai

oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan

harta benda jika musuh menyerang sesebuah

negara ketika perang. Ia juga menyediakan

pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan

untuk orang ramai yang menderita akibat bencana

alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi,

gunung berapi, kebakaran, dan letupan.

Pertubuhan pertahanan awam juga merangka

rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang

disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti

pengeboman dan pencemaran yang teruk atau

kemalangan nuklear.

UMUM 
RIBUT PASIR

Ribut pasir ialah tiupan angin yang membawa

pasir ke udara. Kebanyakan pasir yang

diterbangkan angin tidak naik melebihi 50

sentimeter tinggi tetapi sesetengah butir pasir

mungkin naik kira-kira dua meter tinggi. Purata

diameter butir pasir yang dibawa oleh angin

adalah antara 0.15 milimeter hingga 0.30 milimeter.

Semasa ribut pasir berlaku, angin mencapai

kelajuan 16 kilometer sejam atau lebih. Ribut itu

mungkin berlaku selama tiga jam hingga lima jam.

UMUM 
RIBUT DEBU

Ribut debu ialah golakan angin kuat yang

membawa zarah tanah liat, kelodak, dan bahan

tanah lain dalam jarak yang amat jauh.

UMUM 
RIBUT

Ribut biasanya merujuk kepada keadaan cuaca

yang tidak menyenangkan atau merosakkan yang

terdiri daripada hujan, salji, kerpasan sangat sejuk,

hujan batu, angin kencang atau gabungan

kesemuanya. Ribut adalah siklon atmosfera – iaitu,

kawasan tekanan rendah di keliling angin yang

berpilin ke dalam.

UMUM 
KAWAH DEBU

Kawah Debu merujuk kepada siri angin

pemusnah dan ribut debu yang melanda Amerika

Syarikat pada tahun 1930-an. Ribut ini merupakan

antara malapetaka yang paling buruk dalam sejarah

dunia.

UMUM 
TAUFAN

Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang

berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah

seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan

bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke

barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia

akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang

15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi

angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat,

dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat

sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer.

UMUM 
KEMARAU

Kemarau ialah keadaan yang berlaku apabila

purata hujan bagi sesuatu kawasan turun jauh di

bawah amaun normal bagi tempoh yang lama.

     Anak sungai, kolam, perigi sering kali kering

semasa kemarau. Bekalan air untuk kegunaan

pertanian, perindustrian dan persendirian

berkurangan dengan banyak. Biasanya tanah atas

yang kering dan berderai terbang ditiup angin panas

kering (lihat Ribut debu). Di kawasan yang tidak diairi

kekurangan hujan menyebabkan tanaman ladang

menjadi layu dan haiwan ternakan mati.

UMUM 

Kembali ke atas