ANGKAT BUATAN | Kaedah yang digunakan untuk mengangkat minyak ke permukaan melalui telaga selepas tekanan reservoir berkurangan sehingga mencapai takat yang menyebabkan telaga tidak boleh lagi berpengeluaran secara aliran semulajadi atau tidak ekonomik. | KEJURUTERAAN | Konsep |
ANGKAT BERAT | Angkat berat merujuk kepada perbuatan mengangkat beban yang disambungkan kepada sebuah gandar besi. Ia merupakan asas dalam pertandingan sukan. Angkat berat juga dikenali sebagai angkat tenaga atau powerlifting . | UMUM | |
IBU BAPA ANGKAT | | UMUM | |
PENGAMBILAN ANAK ANGKAT | | UMUM | |
KREN | Kren ialah mesin angkat yang digunakan untuk mengangkat dan menggerakkan beban berat di limbungan kapal dan kilang, dan di tapak pembinaan. | UMUM | |
TIBERIUS | Tiberius (42 S.M.–37 M.) ialah maharaja Rom pada zaman Jesus Christ. Nama penuhnya ialah Tiberius Claudius Nero. Baginda ialah maharaja Rom yang kedua. Baginda menggantikan Maharaja Augustus, iaitu bapa angkat dan bapa tirinya. Tiberius merupakan pemerintah tentera yang berjaya di bawah pemerintahan Augustus. | UMUM | |
ZAYNAB BINT JAHSYI | Zaynab bint Jahsyi ( ? – 20 H/? – 641 M), isteri Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah Zaynab bint Jahsyi ibn Ri‘ab al-Asadiyyah. Ibunya bernama Umaymah bint ‘Abd al-Muttalib, ibu saudara Rasulullah SAW. Zaynab bint Jahsyi ialah bekas isteri Zayd ibn Harithah. Dia juga dipanggil Zayd ibn Muhammad SAW, kerana dia merupakan anak angkat Rasulullah SAW. | UMUM | |
KELUARGA MELAYU | KELUARGA MELAYU, satu kelompok manusia Melayu yang disatukan oleh ikatan perkahwinan, darah dan ikatan angkat. Bentuk Keluarga Bentuk keluarga Melayu dapat dilihat daripada sistem kekerabatan dan keturunan, keanggotaan dan kediaman, kuasa dan hak kawalan dan perkahwinan. | BUDAYA | Kekerabatan |
AEROFOIL | Aerofoil, objek berpermukaan melengkung yang boleh menghasilkan daya angkat dan heretan apabila bergerak laju dengan sudut tertentu dalam ruang udara. | FIZIK | Alat/Alatan |
TANGAN | Tangan ialah bahagian hujung anggota depan , atau lengan. Tangan digunakan untuk memegang objek. Tangan sebenar mempunyai ibu jari boleh bersetentang , atau ibu jari yang boleh digerakkan pada jari-jari lain. Tindakan ini membolehkan tangan menggenggam benda dan melakukan banyak pergerakan yang rumit. Kemajuan manusia mungkin tergalang tanpa penggunaan ibu jari boleh bersetentang. Untuk membantu memahami kerja yang dilakukan oleh ibu jari, cuba angkat pen tanpa menggerakkan ibu jari anda. | UMUM | |