AMERIKA SYARIKAT, ANGKATAN BERSENJATA | Amerika Syarikat, Angkatan bersenjata. Angkatan bersenjata Amerika Syarikat ialah angkatan bersenjata yang paling berkuasa di dunia. Ia disanjung tinggi oleh rakyat Amerika semenjak Amerika Syarikat mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1776. Perkhidmatan ketenteraan Amerika Syarikat berpecah semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865), tetapi semenjak itu ia telah menyediakan pasukan pertahanan yang kuat dan pasukan penyerang yang hebat bagi menentang musuh. | UMUM | |
ANGKATAN LAUT SAUDAGAR | Angkatan laut saudagar atau saudagar marin ialah angkatan laut yang terdiri daripada kapal perdagangan dan kakitangan lelaki dan wanita yang mengendalikannya. Angkatan ini merangkumi kapal kargo dan kapal penumpang. | UMUM | |
AUSTRALIA, ANGKATAN BERSENJATA | Australia, Angkatan bersenjata adalah kecil tetapi maju dalam teknologi. Perancangan untuk perkembangannya didasarkan pada pengekalan angkatan yang akan memberi khidmat kepada keperluan semasa dan darurat. | UMUM | |
ANGKATAN TENTERA MARIN | Angkatan tentera marin ialah tentera yang berkhidmat di laut dan dalam misi khas di darat dan di udara. Angkatan tentera marin juga berkhidmat dalam operasi amfibia – operasi yang melibatkan tentera laut, tentera udara dan tentera darat. | UMUM | |
ANGKATAN TAKHLISAN | Angkatan Takhlisan ialah pertubuhan amal agama Kristian antarabangsa. Ia dibentuk dan beroperasi mengikut corak tentera, dan ketuanya berpangkat seperti pegawai tentera. Angkatan Takhlisan bekerja bagi merangsang kecintaan kepada tuhan dan membantu orang miskin. | UMUM | |
ANGKATAN 45 | Angkatan 45, persatuan penulis Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan oleh Angkatan Muda Sasterawan Indonesia setelah pengisytiharan Kemerdekaan pada 17 Ogos 1945. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
ANGKATAN SASTERAWAN 50 (ASAS 50) | Angkatan Sasterawan 50 - Persatuan penulis. | SASTERA | Kegiatan |
ANGKATAN PUJANGGA BARU | Angkatan Pujangga Baru, kumpulan sasterawan dalam kesusasteraan Indonesia Moden. Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1930-an dan dikenali juga sebagai Angkatan 30-an. | SASTERA | Kegiatan |
AKTA ANGKATAN TENTERA 1972 | Akta Angkatan Tentera 1972, undang-undang bertulis utama yang mengawal selia pengurusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Akta ini mengawal dari segi penubuhan, pentadbiran dan disiplin. | UNDANG-UNDANG | Akta |
ANGKATAN WANITA SEDAR | Angkatan Wanita Sedar, pertubuhan wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Angkatan Wanita Sedar atau akronimnya AWAS ditubuhkan pada tahun 1946 dan diketuai oleh Aishah Ghani, wartawan akhbar Pelita Malaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |