ANGKLUNG BUNGKO, sejenis angklung tua yang dianggap keramat. Angklung ini terdiri daripada tiga perangkat dan disimpan di desa Bungko, Cirebon, Indonesia. Angklung ini dikatakan berasal dari zaman Sunan Gunung Jati yang digunakan oleh Kyai Bungko untuk menyebarkan agama Islam di daerah itu.
ANGKLUNG, alat muzik tradisional Indonesia yang diperbuat daripada buluh. Permainan angklung telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Sunda di Jawa Barat untuk memeriahkan upacara seperti menuai,’turun bumi’ dan ‘seren taun’. Permainan angklung dalam upacara tersebut adalah untuk menyatakan kesyukuran dan kegembiraan sambil menyanyi dan menari.
Thanks for clicking. That felt good.