ANGLE | Angle merupakan salah satu daripada tiga puak Jermanik yang menyerang Britain pada tahun 400 hingga 500 M. Dua puak yang lain ialah Jute dan Saxon, yang mempunyai hubungan darah yang rapat dengan puak Angle. | UMUM | |
ORANG SAXON | Orang Saxon ialah orang Jerman yang menyerang Kepulauan Britain kira-kira 1500 tahun yang lalu. Orang Angle dan Jute, yang juga orang Jerman, menyerang Britain pada masa yang sama. Kumpulan ini kemudiannya bersatu dan menubuhkan kerajaan Anglo–Saxon yang berakhir sehingga penaklukan Norman pada tahun 1066 (lihat Penaklukan Norman). | UMUM | |
ANGLO-SAXON | Anglo-Saxon ialah anggota puak-puak Jermanik yang menetap di kawasan yang kini dinamakan England pada tahun 400-an dan 500-an. Puak-puak ini ialah Angle, Saxon, dan Jute. | UMUM | |