Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jing] | انجيڠ

Definisi : 1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, mun-cikari, jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan; ~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg ber-warna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki pen-jenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis menjejaki penjenayah, me­ngesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg ber­warna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb; ~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg meng-ulangi perbuatan yg tidak senonoh (perem-puan jahat dll); ~ menyalak bukit mahu­kah runtuh = beberapa pun ~ menya­lak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb se-suatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd sese­orang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn sese­orang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui ke­jahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~ meng­gonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis; umpama ~ makan muntah­nya prb orang yg tamak itu tidak membeza­kan yg baik dgn yg jahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jing] | انجيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg dipelihara utk menjaga rumah (berburu dll), Canis spp.. ~ geladak anjing liar yg tidak dipelihara orang. ~ gila nama sj penyakit yg disebabkan oleh virus yg dijangkiti melalui air liur haiwan terutama anjing yg terkena penyakit itu, Rabies canina. ~ hutan anjing liar yg hidup di hutan. ~ laut serigala laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjing

Puisi
 

Anak anjing dua beradik,
     Satu bodoh satu cerdik;
Saya umpama teras yang baik,
     Tahan berjemur di panas terik.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Anjing menyalak bukit,
     takkan runtuh.

Bermaksud :

Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

 

Lihat selanjutnya...(71)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANJING PANDU

Anjing pandu ialah anjing yang dilatih khas untuk

memandu orang buta atau untuk menyedarkan

orang rosak pendengaran terhadap bunyi yang

penting. Anjing yang memandu orang buta

dinamakan anjing pandu atau anjing melihat, dan

anjing yang membantu orang rosak pendengaran

dinamakan anjing mendengar atau anjing telinga

mendengar.

UMUM 
ANJING BEAGLE

Anjing Beagle ialah anjing perburuan Inggeris

yang paling kecil. Anjing beagle mempunyai deria

bau yang kuat dan kadangkala digunakan untuk

memburu arnab. Kebanyakan anjing Beagle adalah

peka dan mudah mesra.

UMUM 
ANJING FOXHOUND

Anjing foxhound ialah anjing perburuan yang

bersaiz sederhana. Kumpulan anjing pemburu ini

memburu musang dengan cara menghidu baunya

di atas tanah untuk mengesannya.

UMUM 
ANJING POINTER

Anjing pointer ialah anjing yang digunakan

untuk memburu kuang bayas dan burung buruan.

Anjing ini dinamakan pointer kerana ia berhenti

sekaku patung apabila tercium bau burung dan

kemudian menghala dengan menghadap ke arah

burung itu, biasanya sebelah kaki depannya

terangkat dan ekornya tertegak dengan kaku

UMUM 
AKITAAkita ialah sejenis anjing yang berasal dari utara

Jepun. Pada suatu ketika dahulu, anjing Akita

digunakan untuk memburu beruang dan binatang

besar yang lain. Kadangkala anjing Akita ini

disebut anjing diraja Jepun kerana maharaja

memelihara anjing ini sebagai anjing kesayangan

dan mainan. Kini orang Jepun menggunakan Akita

sebagai anjing pengawal dan anjing polis.

UMUM 
ANJING GEMBALA ANATOLIAN

Anjing gembala Anatolian ialah anjing dari

keturunan anjing mastif purba di Asia Kecil. Ia juga

dikenali sebagai Karabash atau anjing penjaga

Turki .

UMUM 
ANJING PIT BULL

Anjing pit bull ialah nama am bagi mana-mana

hasil kacukan lintang anjing yang biasanya

mempunyai beberapa ciri anjing bulldog dan terrier.

Satu ketika dahulu anjing pit bull ini digunakan untuk

menyerang lembu dan beruang. Ada kalanya anjing

ini juga menyerang dan membunuh manusia.

UMUM 
ANJING SPANIEL AIR AMERIKA

Anjing spaniel air Amerika ialah sejenis

anjing buruan yang berasal dari Amerika Syarikat.

Anjing ini menggempur burung (memaksanya

keluar dari tempat persembunyian) supaya

penembak boleh menembak burung itu. Kemudian

anjing ini akan membawa bangkai burung tersebut

kepada tuannya.

UMUM 
SALUKI

Saluki, juga dinamakan anjing perburuan gazel ,

dipercayai sebagai anjing baka jati yang tertua di

dunia. Anjing ini dibiakkan di Timur Tengah lebih

kurang pada tahun 5000 S.M. Satu daripada anjing

yang terpantas, saluki pernah digandingkan

dengan burung lang untuk memburu gazel.

Mangsa diterkam oleh lang dan saluki menekan

mangsa sehingga pemburu sampai. Saluki

mempunyai bulu licin, halus dengan jumbai bulu

yang panjang di telinga, kaki dan pahanya.

Tingginya 58 sentimeter hingga 70 sentimeter pada

paras bahu dan beratnya dari 13 kilogram hingga

30 kilogram. Lihat juga Anjing (gambar: Anjing

perburuan).

UMUM 
ANJING RAKUN

Anjing rakun ialah anggota famili anjing

berbulu tebal yang tumbuh serupa dengan rakun.

Tempat asal anjing ini ialah hutan Siberia dan Asia

Timur termasuk Jepun.

UMUM 
123456

Kembali ke atas