| ANJING SPANIEL AIR AMERIKA | Anjing spaniel air Amerika ialah sejenis anjing buruan yang berasal dari Amerika Syarikat. Anjing ini menggempur burung (memaksanya keluar dari tempat persembunyian) supaya penembak boleh menembak burung itu. Kemudian anjing ini akan membawa bangkai burung tersebut kepada tuannya. | UMUM | |
| ANJING LAUT | Anjing laut ialah mamalia laut yang kelihatan licin berkilat dengan badannya berbentuk seperti tornado. Anjing laut ialah perenang yang terhandal dan menghabiskan banyak masa dalam air. | UMUM | |
| KELPIE AUSTRALIA | Kelpie Australia ialah anjing biri-biri yang benar-benar aktif dan sangat bijak dengan naluri semula jadi untuk mengawal biri-biri dan yang tidak mengenal penat untuk bekerja. Kelpie adalah anjing yang gemalai, berotot dan berlari dengan pantas. Kelpie berasal daripada anjing collie Scotland berbulu pendek. Anjing ini mempunyai bulu yang pendek dan telinga yang tegak. Warna bulunya adalah hitam, sawo matang, merah, perang muda, coklat atau biru asap. Pemenang lumba percubaan anjing biri-biri Australia yang pertama pada tahun 1872 dikenali sebagai Kelpie (bahasa Gaelic bagi pari-pari air) dan nama bakanya diperoleh daripada jualan anak Kelpie. | UMUM | |
| PARVOVIRUS KANIN | Parvovirus kanin juga dikenali sebagai parvovirus, ialah penyakit berjangkit yang menjangkiti anjing. Gejalanya termasuk diarea, muntah- muntah, dan demam. Anjing yang menderita penyakit parvovirus juga hilang selera makan, kekurangan air, dan kelihatan lesu. | UMUM | |
| RABIES | Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit berjangkit yang memusnahkan sel saraf di bahagian tertentu otak dan selalunya mengakibatkan kematian. Manusia dan kebanyakan mamalia lain boleh menghidap penyakit ini. Perkataan rabies dalam bahasa Latin bermakna kemarahan atau keberangan. Penyakit ini mungkin diberikan nama sedemikian kerana haiwan yang dijangkiti sering kali menjadi gila dan menyerang sebarang objek atau haiwan lain yang berada di hadapannya. Oleh sebab salah satu gejala penyakit rabies ialah ketidakupayaan menelan air; penyakit ini juga dikenali sebagai hidrofobia yang bermaksud takut air. | UMUM | |