PUSTAKA ANTARA | PUSTAKA ANTARA, penerbit dan pembekal buku yang pertama di Semenanjung Malaysia. Pustaka Antara ditubuhkan pada tahun 1952, oleh Abdul Aziz bin Ahmad dan didaftarkan pada 13 Mei 1957. Pada mulanya Pustaka Antara beroperasi secara kecil-kecilan di sebuah kedai di Jalan Raja Muda pada tahun 1956. Pada tahun 1975, Pustaka Antara berpindah ke bangunan miliknya sendiri di No. 399A, Jalan tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
SELAT | Selat ialah terusan air yang sempit di antara dua jasad air yang besar. Banyak peperangan telah berlaku dan perjanjian dirundingkan untuk menguasai dan menggunakan selat-selat penting di dunia. Antara selat yang terkenal termasuk Selat Gibraltar di antara Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean, dan Selat Bosporus dan Selat Dardanelles di antara Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Selat Magellan yang terletak di hujung Amerika Selatan adalah satu-satunya selat di antara Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. Istilah selat, laluan dan terusan biasa dipakai silih berganti dengan satu dengan lain. Lihat juga rencana berasingan dalam Ensiklopedia Dunia tentang beberapa selat. | UMUM | |
PERJANJIAN DAMAI | Perjanjian damai ialah satu perjanjian antara dua atau lebih negara yang bersetuju untuk membincangkan perselisihan secara damai dan bukan bertujuan menyerang antara satu dengan lain. Antara Perang Dunia I (1914–1918) dan Perang Dunia II (1939–1945), banyak negara telah menandatangani perjanjian damai kerana tidak ada kuasa antarabangsa yang cukup kuat untuk mengelakkan peperangan. | UMUM | |
PERANG | Perang ialah suatu pertarungan antara dua golongan besar yang berusaha untuk memusnah atau mengalahkan lawan masing-masing. Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya peperangan antara dua buah keluarga, kabilah dengan kabilah dan antara pengikut satu agama dengan pengikut agama yang lain. | UMUM | |
KESATUAN ANTARA-PARLIMEN | Kesatuan Antara-Parlimen ialah sebuah organisasi yang terdiri daripada ahli parlimen di seluruh dunia. Objektifnya adalah untuk menggalakkan institusi perwakilan dan bekerja bagi keamanan dan kerjasama antarabangsa. | UMUM | |
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824) | Perjanjian Inggeris-Belanda (1824). Perjanjian antara British dengan Belanda bagi menyelesaikan masalah hubungan antara kedua- duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan timbulnya pertelagahan antara British dengan Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan akan membawa kepada peperangan terbuka. Suasana politik di Eropah ketika itu juga menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini dimeterai. | UMUM | |
PERANG PELOPONNESIA | Perang Peloponnesia ialah pertempuran antara negara kota Yunani, iaitu antara Athens dengan Sparta dari tahun 431 S.M. hingga tahun 404 S.M. Mengikut Thucydides, ahli sejarah Yunani yang hidup semasa peperangan ini, Liga Peloponnesia mengandungi Sparta dan perikatannya telah menyerang empayar Athenia kerana bimbangkan kuasa Athens bertambah kuat. | UMUM | |
PERANG SIFFIN | Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan. Perang ini berlaku selepas perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab berlakunya perang ini ialah Sayidina ‘Ali ibn Abu Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir yang dilantik oleh Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka yang dipecat ialah Mu‘awiyah ibn ‘Abi Sufyan yang merupakan orang yang bersungguh-sungguh menuntut bela atas pembunuhan Khalifah ‘Uthman. Setelah Mu‘awiyah tetap dengan penentangannya terhadap ‘Ali, dia berazam untuk memeranginya. Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin, lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari. | UMUM | |
SEKSTAN | Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan satu teleskop kecil. | UMUM | |
MUZIUM BRITISH | Muzium British, di London, adalah antara muzium agung kebangsaan yang paling tua. Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans Sloane, doktor British dan juga ahli botani mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara. Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di Montagu House, West End; London. Pada tahun 1847, bangunan baru telah menggantikan Montagu House dan penambahan koleksi telah dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium British menarik lebih empat juta pengunjung setiap tahun. | UMUM | |