PORTEJ | Portej ialah mengangkut barangan atau bot mengikut darat di antara dua kumpulan air, atau di sekitar beberapa kawasan halangan seperti air terjun atau jeram. Istilah portej juga digunakan untuk laluan darat bagi membawa barangan. Orang Asli Amerika Utara mengembara di antara sungai dengan tasik dengan kaedah portej. Mereka mengembara sejauh hulu sungai, selagi bot mereka dapat digunakan. Kemudian, mereka membawa kanu dan barangan melalui laluan darat untuk menuju ke anak sungai atau tasik yang berikutnya bagi meneruskan pengembaraan melalui air. | UMUM | |
PERJANJIAN WAITANGI | Perjanjian Waitangi ialah perjanjian yang dibuat di antara orang Maori New Zealand dengan kerajaan British pada tahun 1840. Menurut perjanjian ini, New Zealand menjadi jajahan British. Orang Maori menyerahkan semua hak dan kuasa kedaulatan tanah mereka kepada Ratu Victoria. Mereka juga bersetuju untuk menjual tanah hanya kepada ratu, melalui wakil- wakil baginda. Sebaliknya, kerajaan British mengesahkan dan memberi jaminan kepada orang Maori tentang pemilikan sepenuhnya terhadap keseluruhan tanah, kampung, hutan dan kawasan perikanan selagi mereka ingin menjadikannya sebagai pemilikan mereka. Jaminan itu meliputi semua pemilikan, sama ada secara berkumpulan atau individu. Ratu bertanggungjawab untuk melindungi orang Maori dan memberikan hak sebagai rakyat British kepada mereka. | UMUM | |
PNEUMOTORAKS | Pneumotoraks ialah udara atau gas yang terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding dada. Satu membran yang tipis dan berterusan dikenali sebagai pleura meliputi bahagian luar paru-paru dan bahagian dalam dinding dada. Biasanya bahagian pleura meliputi paru-paru yang berhampiran rapat pada bahagian dalam dada. Hanya satu lapisan cecair yang tipis memisahkan kedua-dua bahagian ini. Kebiasaannya, tiada ruang udara wujud antara keduanya. Jika udara atau gas memasuki ruang pleura, kedua-dua bahagian membran ini akan menolak keluar. Apabila kuantiti udara dan gas yang banyak terdapat di antara bahagian pleura pada suatu bahagian dada, paru- paru di bahagian itu tidak akan dapat mengembang. Ini akan menyebabkan kesukaran bernafas dan paru-paru akan menguncup. | UMUM | |
INTERPOLASI | Interpolasi, kaedah menganggar atau meneka nilai di antara dua nilai wang yang telah diketahui. | MATEMATIK | Konsep |
SUHU | Suhu ialah betapa panas atau sejuknya sesuatu yang diukur pada skala tertentu. Konsep suhu berkaitan rapat dengan aliran haba di antara dua objek berkaitan yang berbeza suhunya. Haba sentiasa bergerak dari objek yang lebih panas kepada objek yang lebih sejuk. | UMUM | |
PERSENGKETAAN | Persengketaan ialah konflik yang berpanjangan dan kadangkala boleh menyebabkan perbunuhan di antara individu, keluarga, atau kumpulan. Sengketa sering terjadi dalam masyarakat yang kekurangan pasukan polis, agensi penguatkuasaan undang-undang kerajaan, atau bentuk pihak berkuasa pusat yang lain. Persengketaan lazim berlaku di kawasan yang jauh dari pusat penguatkuasaan atau di tempat yang pelaksanaan penguatkuasaan pusat sukar dilakukan kerana rupa buminya yang berceranggah dan iklimnya yang teruk. Selain itu, manusia yang menolak undang- undang sering terlibat dalam persengketaan. Contohnya, persengketaan boleh berlaku di kalangan geng muda bandar dan kumpulan penjenayah. | UMUM | |
KILAT | Kilat ialah percikan elektrik yang raksasa di langit. Kebanyakan kilat yang kita nampak berlaku di antara awan dengan bumi. Tetapi kilat juga berlaku di dalam awan, di antara awan dengan udara dan di antara dua awan. Apabila kilat berlaku di atmosfera, tenaga elektriknya berserakan di udara. Tenaga ini boleh merosakkan kapal terbang yang terbang melaluinya, tetapi ia tidak menyebabkan bahaya di bumi. Tetapi kilat yang menyambar bumi boleh membunuh manusia atau menyebabkan kebakaran. | UMUM | |
PROTESTANISME | Protestanisme ialah nama umum bagi beratus- beratus mazhab dan taifah Kristian yang mempunyai sedikit atau banyak perbezaan di antara satu sama lain. Kira-kira 380 juta manusia – kira-kira tujuh peratus penduduk dunia – tergolong dalam pelbagai kumpulan Protestan ini. Di kalangan badan-badan agama Kristian, hanya Gereja Roman Katolik mempunyai ahli yang lebih ramai. | UMUM | |
LIBRA | Libra, Penimbang atau Neraca , ialah buruj (gugusan bintang) ketujuh dalam zodiak. Ia terletak di Hemisfera Selatan di antara buruj Virgo dengan bumi Scorpio. | UMUM | |
MUSIM LURUH | Musim luruh ialah musim di antara musim panas dengan musim sejuk. Hemisfera Utara yang meliputi separuh bahagian utara bumi mempunyai cuaca musim luruh dari akhir bulan September, Oktober dan November. Cuaca musim luruh tidak lama di kawasan kutub, tempat yang cuaca musim sejuknya benar-benar sejuk bermula lebih awal. Di kawasan tropika, terdapat sedikit kelainan musim atau tiada kelainan musim. Hemisfera Selatan mempunyai musim luruh dari bulan Mac hingga awal Jun. Untuk tarikh hari pertama musim luruh, dan untuk maklumat tentang kedudukan bumi dan matahari semasa musim luruh, lihat Musim. | UMUM | |