TEORI DUA SAPUT | Teori yang menjelaskan bahawa terdapat tiga rintangan terhadap proses pengangkutan, iaitu rintangan dalam fasa gas, fasa cecair dan permukaan sentuhan antara dua fasa tersebut, iaitu lapisan antara muka. Teori dua saput bersandar pada andaian bahawa terdapat satu lapisan saput yang nipis yang terbina di sempadan sistem. Rintangan terhadap proses pengangkutan dalam fasa gas atau cecair diwakili oleh rintangan yang terdapat dalam saput fasa tersebut. Fasa gas mempunyai komposisi komponen A yang lebih tinggi daripada fasa cecair. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
TEKANAN RERAMBUT | Perbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po – Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg – Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
MANUSIA | Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk Allah di muka bumi antara semua kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan menjadikan kejadiannya sama dan seimbang. Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan pertuturan yang dapat membezakannya daripada makhluk yang lain. | UMUM | |
SEMENANJUNG KAMCHATKA | Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira 350 000 kilometer persegi dengan penduduk kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang, memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan ketam yang utama. | UMUM | |
SELAT BRISTOL | Selat Bristol ialah cabang Lautan Atlantik yang terletak di antara Wales dengan barat daya England. Ia menganjur kira-kira 130 kilometer dari laut ke Sungai Severn (lihat United Kingdom [peta muka bumi]). Pasang surut yang melanda bahagian terusan yang sempit ini menyebabkan berlaku ombak muara (ombak gadang yang tinggi). Ombak ini telah menyongsangkan aliran Sungai Severn. Ketinggian ombak gadang boleh mencapai 12 meter. Swansea dan Cardiff ialah pelabuhan utama di pantai Wales. Bristol terletak berhampiran dengan hulu selat. Manakala berhampiran Bristol pula ialah Sungai Avon yang mengalir ke muara Sungai Severn. | UMUM | |
PINGGIR BENUA | Zon peralihan di antara benua dengan laut dalam yang biasanya terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pentas benua, cerun benua dan cangkat benua. Pinggir benua merupakan salah satu daripada tiga ciri topografi dasar lautan selain dasar lembangan lautan dan permatang lautan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
PERANG SALIB | Perang Salib ialah nama sempena serangan askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14 M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari segi geografi yang menyambungkan di antara timur dengan barat, dan keinginan menguasai tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga bertujuan menyekat usaha pembukaan negara- negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain. Mereka telah menyusun tentera yang datang dari Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan 1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan peningkatan kekuatan senjata. | UMUM | |
DARAT | DARAT, suatu konsep ruang fizikal masyarakat Melayu yang berorientasikan bentuk muka bumi dalam hubungannya dengan ruang baruh. Biasanya, bahagian darat adalah muka bumi yang lebih tinggi yang berhubungan dengan bahagian yang lebih rendah, iaitu baruh dan juga bahagian yang mungkin mengandungi bentuk berbukit-bukit. Di antara kedua-dua bentuk ruang bumi ini, biasanya dipisahkan oleh ciri-ciri lembah, sungai ataupun paya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
GUNUNG BONGKAH | Gunung bongkah gunung yang terbentuk akibat perjulangan tanah di antara sesar. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
SUNGAI ORINOCO | Sungai Orinoco ialah sungai di Amerika Selatan yang panjangnya 2066 kilometer. Ia diketahui mempunyai dua punca, kedua-duanya di tanah tinggi Parima di Venezuela, berdekatan dengan sempadan Brazil. Ia mengalir ke barat daya memasuki Colombia dan membentuk sempadan antara Colombia dengan Venezuela. Kemudian ia melencong ke arah timur. Kira-kira 180 kilometer sebelum sampai ke pantai, ia terbahagi kepada banyak saluran. Untuk lokasinya, lihat Venezuela (peta muka bumi). | UMUM | |