SPRINGBOK | Springbok, yang juga dikenali sebagai springbuck, ialah antelop yang hidup di dataran berumput terbuka di barat daya Afrika. Haiwan ini mendapat namanya kerana tabiatnya melompat-lompat berulang kali setinggi dua meter ke udara apabila ketakutan, dan kemudian memacu dengan kencang. Lompatan ini mengalih perhatian pemangsa seperti singa dan harimau kumbang. Springbok mempunyai sejalur bulu panjang berwarna putih di tengah belakangnya yang akan tertegak apabila ia dalam ketakutan. Oleh kerana sifat ini, orang Portugis di Angola menamakan antelop ini kambing kipas. | UMUM | |
ELAND | Eland ialah antelop terbesar di Afrika. | UMUM | |
ORYX | Oryx ialah nama tiga spesies antelop yang hidup di kawasan gurun. Kesemuanya mempunyai bulu berwarna cerah yang berbaur dengan latar persekitarannya. Tompok-tompok gelap jelas kelihatan pada mukanya. Oryx tingginya sehingga satu meter pada paras bahu. | UMUM | |
TAHR | Tahr ialah nama bagi tiga spesies antelop bak kambing. Ia mempunyai tanduk yang melengkung ke belakang dan kaki bertelapak. Ia juga mempunyai bulu yang sangat tebal, berjumbai-jumbai. Tahr memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain. Tahr Himalaya adalah spesies yang terbesar. Panjangnya kira-kira 1.7 meter, dan beratnya lebih daripada 100 kilogram. Tahr Nilgiri di selatan India mempunyai bulu berwarna gelap. Tahr jantan mempunyai tompok pelana berwarna perak di belakangnya. Tahr Arabia di Oman adalah spesies yang terkecil. Ia berbulu perang. Pengelasan saintifik . Tahr tergolong dalam famili Bovidae. Ia membentuk genus Hemitragus jemlahicus , tahr Nilgiri ialah H. hylocrius, dan tahr Arabia ialah H. jayakar. | UMUM | |
KUDU | Kudu ialah antelop besar. Dua jenis kudu hidup di kawasan berumput di selatan dan timur Afrika, di selatan Sahara. | UMUM | |
STEENBOK | Steenbok, juga dieja steinbok, ialah antelop kecil yang hidup di selatan dan tengah timur Afrika. Namanya bermakna rusa jantan bata dalam bahasa Adrikaan kerana warnanya kemerah-merahan. Steenbok dewasa tingginya kira-kira 55 sentimeter pada paras bahu dan beratnya kira-kira 11 kilogram. Steenbok jantan bertanduk pendek, lurus dan steenbok betina tidak bertanduk. Steenbok biasanya hidup bersendirian di hutan jarang dan kekal berada di kawasan tertentu yang dinamakan wilayah. Ia boleh hidup tanpa meminum air. Steenbok mendapat lembapan yang diperlukannya daripada rumput dan daun yang dimakan. Pengelasan saintifik. Steenbok adalah anggota famili Bovidae. Ia adalah Raphicerus campestris. | UMUM | |
DIK-DIK | Dik-dik ialah salah satu daripada antelop yang terkecil. Dik-dik tinggal di kawasan hutan tebal. Terdapat empat spesies yang tinggal di timur Afrika dan satu spesies di barat daya Afrika. | UMUM | |
TANDUK | Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar, yang dinamakan tanduk bercabang. | UMUM | |
ARNAB JACK | Arnab jack ialah satu daripada empat jenis arnab besar yang ditemui di kawasan gurun dan prairi di barat Amerika Utara. Empat jenis yang dimaksudkan ialah arnab jack berekor hitam, arnab jack berekor putih, arnab jack sebelah putih, dan arnab jack antelop. Kesemua jenis arnab ini mempunyai kaki belakang yang panjang, mata yang besar, dan telinga yang panjang dan nipis. Arnab ini mempunyai bulu berwarna kelabu kecoklatan dan perut yang berwarna putih melepak. Arnab jack jenis antelop adalah jenis arnab yang terbesar, beratnya lebih kurang 3.5 kilogram. Arnab ini membesar hampir 70 sentimeter panjangnya. | UMUM | |
MENJERAT | Menjerat ialah menangkap atau membunuh haiwan liar dengan jerat. Ia adalah salah satu daripada kaedah pertama bagi manusia menangkap haiwan untuk dijadikan makanan atau pakaian. Di kebanyakan tempat di dunia, manusia masih menggunakan jerat untuk mendapatkan makanan. Sesetengah puak di Afrika, misalnya, menjerat antelop dan monyet sebagai makanan. | UMUM | |