Aerial atau disebut juga antena, ialah suatu alat yang memancar dan menerima isyarat radio, televisyen dan radar. Isyarat ini dibawa oleh gelombang elektromagnet (lihat Gelombang elektromagnet ). Gelombang elektromagnet beredar menerusi angkasa pada kelajuan cahaya. Gelombang elektromagnet mempunyai jarak gelombang berbeza-beza, yang ada kaitan terus dengan frekuensinya (kadar getaran). Stesen radio, televisyen, dan radar memancar pada panjang gelombang yang berlainan dan tidak akan menyebabkan gangguan isyarat antara satu sama lain. Terdapat dua jenis pancaran bunyi menerusi stesen radio, iaitu, modulasi amplitud (AM), dan modulasi frekuensi (FM). Secara amnya, stesen AM menggunakan panjang gelombang dalam jarak 10 meter hingga 2000 meter, sementara stesen FM dan televisyen menggunakan jarak gelombang tiga meter dan kurang. Isyarat radar menggunakan panjang jarak gelombang yang hanya beberapa sentimeter panjang. |