[an.té.sé.den] | انتيسيدن
Definisi : (antéséden) 1. sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yg berlaku atau wujud sebelum sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yg lain, yg masing-masing berkaitan antara satu sama lain: satu lagi ~ harga diri ialah pencapaian akademik; 2. (Lin) kata, frasa, atau klausa yg dirujuk oleh kata ganti nama yg mengikutinya, mis Shuhada ialah anteseden bagi dia dlm ayat meskipun Shuhada lulus peperiksaan itu, dia gagal mendapat tempat di universiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)