ANTIBODI MONOKLONAL | Antibodi monoklonal ialah jenis khusus molekul protein yang dihasilkan di makmal. Antibodi yang sama dihasilkan secara semula jadi oleh sistem imun haiwan dan manusia apabila bahan seperti bakteria dan virus, menyerang badan asing. Antibodi boleh meneutralkan bahan ini dengan melekat pada antigen nya. Antibodi semula jadi dalam darah terdiri daripada campuran banyak antibodi yang bertindak balas dengan banyak antigen dan dengan itu menjadi pertahanan barisan hadapan badan terhadap penyakit. Tetapi larutan antibodi monoklonal bertindak ke atas antigen tertentu dan ia boleh dibuat dengan banyak. Ia telah menunjukkan harapan dalam penyelidikan perubatan. | UMUM | |
ANTIBODI | Antibodi lihat Sistem imum. | UMUM | |
ELISA | Elisa, satu kaedah mengukur kepekatan bahan di dalam larutan, terutamanya untuk mengukur antibodi dan antigen di dalam serum atau plasma. | BIOLOGI | Kaedah |
ANTITOKSIN | Antitoksin ialah bahan yang terdiri daripada sel hidup yang melawan penyakit yang disebabkan oleh toksin. Toksin adalah racun yang dihasilkan oleh organisma kecil seperti bakteria. Doktor menggunakan antitoksin untuk merawat penyakit, antara termasuk tetanus (kancing gigi) dan difteria. Antitoksin adalah sejenis antibodi yang dapat menyembuhkan atau menghalang penyakit, atau menjadikannya kurang serius (lihat Sistem imun ). | UMUM | |
ANAFILAKSIS | Anafilaksis ialah reaksi sistem imun yang teruk dan sering kali berlaku secara mendadak ke atas alergen (bahan asing). Dalam sesetengah keadaan, pendedahan kepada sesuatu alergen mengakibatkan kejutan dan kadangkala menyebabkan kematian. Punca biasa yang menyebabkan anafilaksis ialah penyuntikan antibiotik ke dalam manusia yang secara abnormal sensitif terhadapnya. Bagi sesetengah orang sengatan penyengat boleh juga menyebabkan anafilaksis. Peningkatan sensitiviti terhadap sesuatu alergen adalah disebabkan oleh pendedahan kepadanya sebelum itu, diikuti oleh pengeluaran antibodi oleh sistem imun. | UMUM | |