ANUGERAH SASTERA NEGARA | Anugerah Sastera Negara ialah anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu, yang dianggap telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Di samping itu sasterawan yang layak dianugerahi dengan hadiah sastera tertinggi negara ini mestilah telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air dengan menghasilkan karya yang bermutu tinggi. | UMUM | |
ANUGERAH LAURA INGALLS WILDER | Anugerah Laura Ingalls Wilder ialah anugerah kesusasteraan Amerika, yang diberikan kepada mana-mana pengarang atau ilustrator, yang diterbitkan di Amerika Syarikat, yang telah memberi “sumbangan yang lumayan dan berkekalan” kepada kesusasteraan kanak-kanak. Association for Library Service to Children (Persatuan Perkhidmatan Perpustakaan untuk Kanak- kanak), satu cabang Persatuan Perpustakaan Amerika memilih pemenangnya. Anugerah ini telah diadakan pada tahun 1954 untuk memperingati Laura Ingalls Wilder, seorang pengarang Amerika yang terkenal dengan siri ‘Little House’nya. Anugerah berupa sebuah pingat gangsa itu menggambarkan Wilder sebagai seorang kanak- kanak yang sedang memegang anak patung. Anugerah ini diberikan setiap lima tahun dari tahun 1960 hingga 1980. Sejak tahun 1980, anugerah tersebut diberikan setiap tiga tahun. | UMUM | |
ANUGERAH RATU UNTUK EKSPORT DAN TEKNOLOGI | Anugerah Ratu untuk Eksport dan Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di United Kingdom yang memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri, termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan atau dalam bidang teknologi – menerima replika lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar. Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan pada produk mereka. Bagi anugerah eksport, lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T. | UMUM | Anugerah/Hadiah |
ANUGERAH DUKE OF EDINBURGH | Anugerah Duke of Edinburgh ialah anugerah bagi pembinaan sahsiah belia antarabangsa yang mula-mula dicadangkan pada tahun 1954 oleh Duke of Edinburgh, suami kepada Ratu Elizabeth II (lihat Philip, Prince ). | UMUM | |
ANUGERAH PINGAT NEWBURY | Anugerah Pingat Newbury. Anugerah tahunan yang diberi oleh Persatuan Perpustakaan Amerika kepada buku kanak-kanak yang terbaik. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
ANUGERAH TOKOH SASTERA WARISAN | Anugerah Tokoh Sastera Warisan, anugerah yang diberikan bagi menghargai sumbangan tokoh yang terlibat dalam perkembangan dan pemuliharaan khazanah sastera warisan Melayu. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
ANUGERAH KESATERIA | Anugerah Kesateria. Kesateria Zaman Pertengahan bersatu dalam kumpulan-kumpulan yang disebut sebagai order . Mereka melafazkan ikrar taat setia kepada raja atau tuan mereka, dan membentuk pertubuhan ketenteraan untuk mempertahankan tanahnya daripada musuh. Ketika Perang Salib, pelbagai golongan kesateria bertempur dengan tentera Islam di Tanah Suci. Kesateria yang menyertai golongan ini bersumpah untuk hidup sebagai rahib dan juga saudara yang setia semasa peperangan. Golongan agama yang paling terkenal ialah Knights of Saint John, Knights Templars, dan Teutonic Knights. | UMUM | |
ANUGERAH SENIMAN NEGARA | Anugerah Seniman Negara ialah penghargaan dan penghormatan kerajaan Malaysia kepada seseorang yang telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Antara yang diambil kira ialah sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. | UMUM | |
ANUGERAH ANTARABANGSA AL-MALIK FAYSAL | Anugerah Antarabangsa al-Malik Faysal ditubuhkan oleh Mu‘assasah al-Malik Faysal al- Khayriyyah (Yayasan Kebajikan al-Malik Faysal) pada tahun 1397 H./1977 M. dan digelar dengan nama al-Malik Faysal ibn ‘Abd al-Aziz ‘Ali Sa‘ud. | UMUM | |
ANUGERAH SENI NEGARA | Anugerah Seni Negara ialah penghargaan dan penghormatan untuk seniman dan penggiat seni. | KESENIAN | Anugerah/Hadiah |