PANDU ARAH | Pandu arah ialah proses menentukan kedudukan kenderaan dan mengemudikan pergerakannya. Pandu arah digunakan terutamanya untuk mengawal kapal terbang, kapal, dan kapal angkasa, dan boleh juga digunakan untuk kenderaan yang bergerak di daratan. Pandu arah banyak berkait dengan ilmu sains termasuk astronomi, matematik, dan fizik serta pelbagai jenis peralatan. | UMUM | |
ABERCROMBY, RALPH | Abercromby, Ralph (1842–1897) ialah ahli kaji cuaca British. Bersama-sama seorang ahli sains Sweden, dia mewujudkan pengelasan awan yang diterima pakai oleh persidangan antarabangsa mengenai struktur awan pada tahun 1896. Abercromby juga mengelaskan cuaca kepada empat jenis – arah Selatan, arah Barat, arah Utara dan arah Timur. Setiap pengelasan ini berkaitan dengan ciri-ciri cuaca di Kepulauan Britain (British). | UMUM | |
KOMPAS | Kompas ialah sejenis peranti yang digunakan untuk menentukan arah. Kompas yang paling ringkas ialah kompas yang mempunyai jarum bermagnet yang dipasang pada paksi dan dapat bergerak bebas menunjukkan arah. Jarumnya akan bergerak sejajar mengikut medan magnet bumi dan menunjuk ke arah utara magnet. Di bawah jarum ini terdapat kad kompas yang bersenggat sekata dengan petunjuk arah dan darjah mata angin. | UMUM | |
SWASTIKA | Swastika ialah simbol purba yang selalu digunakan sebagai perhiasan atau lambang keagamaan. Swastika berbentuk palang dengan kesemua hujung lengannya membengkok ke arah sudut kanan, selalunya mengikut arah jam. Swastika pernah ditemui di bangunan Byzantine, ukiran Buddha, tugu peringatan Celtik, dan duit syiling Yunani. | UMUM | |
SIROCCO | Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean. Angin sirocco mungkin membawa bersamanya lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala angin ini membawa bersamanya debu gurun. Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin panas yang tidak bermusim yang bertiup dari selatan di kawasan Mediterranean. | UMUM | |
TEODOLIT | Teodolit ialah sejenis alatan yang digunakan oleh juruukur untuk mengukur sudut dan arah. Ia menyerupai alat yang jarang-jarang digunakan yang dinamakan transit. Teodolit memberikan bacaan lebih tepat berbanding transit. Sesetengah teodolit membolehkan ukuran yang lebih hampir dengan satu saat daripada arka (pecahan darjah yang didefinisikan sebagai darjah). Kebanyakan teodolit dilekatkan pada tripod (tempat letak berkaki tiga). Teodolit dilengkapkan dengan teleskop yang memberi penglihatan yang tepat ke sebarang arah. Plat mengufuk di bawah teleskop memberikan bacaan di sekitar horizon dalam darjah, minit, dan saat arka, manakala plat tegak dan skala yang dilekatkan pada sisi kiri teleskop menyatakan bacaan menegak. | UMUM | |
AZIMUT | Azimut ialah ukuran di sepanjang ufuk sudut di antara objek dengan titik rujukan. Titik rujukan ini biasanya di utara, dan sudut ini diukur mengikut arah pusingan jam. Objek yang terletak di timur akan mempunyai azimut 90 ° . Angin dari arah 27 ° ialah yang bertiup dari barat. Azimut boleh juga diukur dari titik di selatan. Dalam kes ini, objek dengan azimut 135 ° akan terletak di barat laut. Titik rujukan boleh digambarkan dengan lebih jelas lagi dengan memberi arahnya sebagai S 135 ° B. | UMUM | |
SEMENANJUNG KAMCHATKA | Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira 350 000 kilometer persegi dengan penduduk kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang, memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan ketam yang utama. | UMUM | |
MONSUN | Monsun ialah angin bermusim yang bertiup di bahagian utara Lautan Hindi, terutama di Laut Arab serta kebanyakan kawasan daratan di sekelilingnya. Angin monsun bertiup sepanjang masa dari arah barat daya pada bulan April hingga Oktober. Ia bertiup dari arah timur laut pada bulan November hingga Mac. | UMUM | |
PARALAKS | Paralaks ialah perbezaan arah sesuatu objek apabila dilihat dari dua kedudukan yang tidak lurus dengan satu sama lain dan objek itu. | UMUM | |