SENI ARCA | Seni arca adalah satu daripada seni yang paling kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada asalnya bermakna memotong dan melibatkan teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan daripada patung batu yang menghiasi katedral hingga kepada gegantung (mobile) logam yang berayun gemalai apabila ditiup angin. | UMUM | |
ARCA FARNESE BULL | Arca Farnese Bull merupakan sekelompok arca yang terkenal yang memaparkan satu episod dalam mitologi Yunani. Nama ini berasal daripada Istana Farnese di Rom, yang pernah menyimpan arca ini pada suatu ketika dahulu. Farnese Bull merupakan arca marmar yang menarik yang ditiru daripada arca yang telah hilang yang dibuat oleh pemahat arca Yunani, Appollonios dan Tauriskos dari Tralles pada tahun 100-an S.M. Pemahat arca Rom yang tidak dikenali telah membuat tiruan ini pada tahun 200-an M. Tiruan tersebut ditemui semasa ekskavasi di Rom pada tahun 1500-an, dan bahagian arca yang hilang itu telah dibaik pulih oleh artis Zaman Renaissance. | UMUM | |
ERECHTEUM | Erechteum lihat Arca (gambar); Acropolis. | UMUM | |
ELGIN MARBLES | Elgin Marbles ialah sekumpulan arca Yunani yang mula-mula menghiasi Acropolis di Athens | UMUM | |
MENGUKIR | Mengukir ialah seni memahat figura, hiasan, atau objek dengan tangan untuk hiasan pada bahan seperti batu, marmar, kayu, gading, tulang dan cangkerang. Istilah seni arca menunjukkan ukiran besar pada batu, marmar atau kayu. Istilah mengukir merujuk kepada seni arca kecil dan kepada hiasan yang diukir pada perabot atau bahagian bangunan. | UMUM | |
ARC, JOAN OF | Arc, Joan of lihat Joan of Arca, Saint. | UMUM | |
TATE GALLERY | Tate Gallery, di London, menempatkan koleksi lukisan cat dan arca yang terkemuka oleh pelukis British dan pelukis-pelukis lain. Koleksi lukisan cat mewakili karya pelukis British dari tahun 1500-an hingga kini dan karya pelukis dari negara lain semenjak akhir tahun 1800-an. Tate Gallery di Liverpool menempatkan lukisan cat dari tahun 1900- an. | UMUM | |
MARMAR | Marmar ialah batuan yang banyak digunakan dalam bangunan, tugu, dan seni arca. Marmar mengandungi terutamanya kalsit atau dolomit, atau campuran kedua-dua mineral karbonat ini. | UMUM | |
SAARINEN, EERO | Saarinen, Eero (1910–1961), arkitek Amerika yang terkenal kerana idea yang berani untuk seni arca raksasa. Pada tahun 1948, reka bentuk gerbang keluli yang tahan karat ciptaannya memenangi peraduan untuk peringatan di St. Louis, Missouri. Gerbang tersebut siap pada tahun 1965. Saarinen memperoleh pengiktirafan yang terbesar untuk bangunan kerangka keluli berbentuk kotak untuk Pusat Teknik General Motors (1945–1956) di Warren, Michigan. Auditorium Kresge (1953–1956) di Institut Teknologi Massachusetts pula ialah kubah konkrit bertetulang dengan hanya tiga tempat topangan. Sementara Terminal Sistem Penerbangan Trans World (1956 –1962) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy di New York menggunakan konkrit bertetulang berbentuk sayap. | UMUM | |
PICASSO, PABLO | Picasso, Pablo (1881–1973) ialah pelukis yang terkenal pada tahun 1900-an. Dia dikenali kerana arca, lakaran, grafik, dan seramiknya. Dari beberapa segi, dia memiliki ciri pelukis tahun 1900-an yang tipikal kerana sentiasa menyambut baik keadaan, suasana dan cabaran yang berubah- ubah dengan amat pantas. Gayanya yang mencari- cari menjadikannya pelopor dalam melahirkan kerumitan pada tahun 1900-an. | UMUM | |