Abu al-Hasan al-Asy‘ari (875 M-936 M/260 H-324 H), pemikir Muslim dan pengasas mazhab al-Asy‘ariyah. Nama sebenarnya ialah Ali bin Ismail al-Asy‘ari daripada keturunan Abu Musa al-Asy‘ari, salah seorang sahabat Nabi yang terkenal.
Abu Musa al-Asy’ari (614 M- ?), salah seorang sahabat terdekat Rasulullah SAW dan seorang tokoh pimpinan perang yang berkaliber. Beliau lahir di Yaman.
Kitab usuluddin. Naskhah aslinya yang berjudul Umm al_Barahin dikarang oleh Muhammad Yusof al-Sanusi (1490). Aqidat al-Najin bermakna Akidah Orang-orang yang Berjaya. Naskhah ini merupakan naskhah asli usuluddin yang amat popular. Kitab ini menjadi panduan akidah penting terutama bagi pengikut aliran Asy’ari dan kerap dibicarakan sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.
Thanks for clicking. That felt good.