MOHAMAD ARIS AHMAD (1935- ), ahli politik dan ahli perniagaan. Dia lahir di Johor Baru, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di English College Johor dari tahun 1945 hingga tahun 1951. Selepas tamat persekolahan, dia menyertai Pasukan Tentera Hutan yang lebih dikenal sebagai Jungle Company dan bertugas sebagai operator wayarles. Pasukannya sering ditugaskan untuk mengawasi kawasan hutan di Perak dan Kelantan.
Thanks for clicking. That felt good.