Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ju.na] | ارجونا

Definisi : sl 1. dewa-dewa Hindu yg termasyhur kerana kepahlawanan mereka; 2. ki lelaki yg dikasihi (sama ada kekasih, suami, dsb): aduhai, ~ kekasihku! (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arjuna


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARJUNA

Arjuna ialah wira dalam puisi epik India,

Mahabharata , yang menceritakan peperangan

antara adik-beradik Pandava dan sepupu Kaulava.

Arjuna ialah anak ketiga daripada lima adik-

beradik Pandava. Kisah hidupnya merupakan satu

siri peperangan dan kejayaan. Arjuna dipaparkan

sebagai seorang wira yang unggul. Dia berani,

kacak, mulia, pemurah, dan seorang kekasih yang

romantis. Lihat Mahabharata.

UMUM 
K. BALI

K. BALI (1933 -        ), penulis. Dia lahir pada 15 Jun 1933 di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim Abdullah. Selain K. Bali, dia juga menggunakan nama pena Gelora Jiwa, Arjuna, Setia, Gema Sukma, Liba K, Pahlawan Pusaka, Bibaliwati, Kawat dan Kawat Berduri.

SASTERATokoh
SUBAGIO SASTROWARDOJO

SUBAGIO SASTROWARDOJO (1924-    ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 1 Februari 1924 di Madiun, Jawa Timur, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan di Holandsch Inlandsche School (HIS) Arjuna, Bandung (1938), Hoogere Burgerschool (HSB), Sekolah Menengah Pertama (SM) di Surakarta (1945), dan Sekolah Menengah Atas (SMA) di Yogyakarta (1947).  Pada tahun 1958, dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastra, Universitas Gadjah Mada.  Kemudian dia meneruskan pengajian sarjana di Department of Comparative Literature, Yale University, Amerika Syarikat (1963).  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1965 dari universiti yang sama.

SASTERATokoh

Kembali ke atas