CAHAYA ARKA | | UMUM | |
ARKA ELEKTRIK | Arka elektrik ialah lengkung haba dan cahaya yang kuat yang terbentuk apabila arus elektrik yang kuat melompat merentasi lompang antara dua elektrod. Gas dalam udara yang terdapat di antara dua elektrod berperanan sebagai konduktor dan memancarkan arus merentasi lompang itu. | UMUM | |
DARJAH | Darjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah (1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud) ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah. Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60 unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah cabang matematik seperti trigonometri, sudut diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian. | UMUM | |
SPERRY, ELMER AMBROSE | Sperry, Elmer Ambrose (1860–1930) ialah ahli sains, pencipta, dan pengusaha Amerika. Dia paling terkenal dalam pembuatan giroskop untuk penggunaan pelayaran (lihat Giroskop). Perusahaan Sperry termasuklah membuat lampu arka di Chicago, kereta api elektrik di Cleveland, Ohio, dan giroskop di New York City. | UMUM | |
ARGON | Argon, unsur kimia, ialah gas yang merupakan 0.94 peratus daripada atmosfera bumi. Kebanyakan mentol lampu biasa diisi dengan argon dan sedikit nitrogen. Argon juga digunakan sebagai gas pelindung dalam kimpalan arka untuk melindungi logam daripada oksigen di udara. Gas ini ditemui pada tahun 1894 oleh Lord Rayleigh dan Sir William Ramsay. | UMUM | |
TEODOLIT | Teodolit ialah sejenis alatan yang digunakan oleh juruukur untuk mengukur sudut dan arah. Ia menyerupai alat yang jarang-jarang digunakan yang dinamakan transit. Teodolit memberikan bacaan lebih tepat berbanding transit. Sesetengah teodolit membolehkan ukuran yang lebih hampir dengan satu saat daripada arka (pecahan darjah yang didefinisikan sebagai darjah). Kebanyakan teodolit dilekatkan pada tripod (tempat letak berkaki tiga). Teodolit dilengkapkan dengan teleskop yang memberi penglihatan yang tepat ke sebarang arah. Plat mengufuk di bawah teleskop memberikan bacaan di sekitar horizon dalam darjah, minit, dan saat arka, manakala plat tegak dan skala yang dilekatkan pada sisi kiri teleskop menyatakan bacaan menegak. | UMUM | |
SEKSTAN | Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan satu teleskop kecil. | UMUM | |
SVEDBERG, THEODOR | Svedberg, Theodor (1884–1971) ialah ahli kimia Sweden yang terkenal kerana mencipta alat ultraempar. Alat ini boleh memutarkan bahan terlalu cepat hinggakan ia mempunyai 500 000 kali ganda daya graviti yang bertindak ke atasnya. Alat ultraempar membolehkan kita menentukan berat molekul protein, dan membantu kajian tentang keadaan koloid. Svedberg juga terkenal kerana menyediakan larutan koloid bagi logam dengan menggunakan arka elektrik. Dia menerima Hadiah Nobel tahun 1926 untuk bidang kimia. Svedberg lahir di Valbo, dekat Gävle, Sweden. | UMUM | |
ASETILENA | Asetilena ialah gas yang tidak berwarna dan mudah menyala, biasanya digunakan untuk membuat kerja kimpalan dan untuk menghasilkan sebatian kimia lain. Formula kimianya ialah C 2 H 2 . Asetilena juga menjadi racun sekiranya terhidu. Gas ini juga akan meletup apabila bercampur dengan udara. Ahli kimia Inggeris, Edmund Davy, mula mengeluarkan asetilena dalam tahun 1836. Namun gas ini dilupakan hingga tahun 1860, apabila ahli kimia Perancis, Marcelin Berthelot, menemui satu cara untuk mensintesis gas ini daripada karbon dan hidrogen, dengan menggunakan arka elektrik. | UMUM | |