Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ki.ték] | ارکيتيک

Definisi : (arkiték) 1. jurubina; 2. ki perancang atau pencipta sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ki.ték] | ارکيتيک

Definisi : /arkiték/ orang yg bertanggungjawab membuat pelan bangunan dan mengawasi pembangunannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arkitek


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARKITEK

Arkitek, seorang profesional yang dilatih dengan kemahiran merancang, mereka bentuk, mengatur dan menyelia kerja-kerja pembinaan bangunan.

KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
SOANE, SIR JOHN

Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang

dilantik sebagai arkitek Bank of England pada

tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia

membina semula hampir keseluruhan bangunan

tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya

masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga

membina Dulwich College Picture Gallery di

London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St.

John di Bethnal Green, Trinity Church di

Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane

lahir di Whitchurch, berhampiran Reading,

Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan

koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn

Fields kepada Kerajaan British yang dikenali

sebagai Muzium Sir John Soane.

UMUM 
ROOT, JOHN WELLBORN

Root, John Wellborn (1850–1891) ialah salah

seorang daripada arkitek Amerika yang terpenting di

Chicago School. Sekolah ini mempunyai sekumpulan

arkitek yang berpengaruh yang telah menjalani

latihan di Chicago pada akhir tahun 1800-an. Root

menjadi ketua dalam pembangunan estetik dan

teknikal bagi rekaan bangunan pejabat pencakar

langit.

UMUM 
NERVI, PIER LUIGI

Nervi, Pier Luigi (1891–1979) ialah arkitek dan

jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan

kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri

yang praktik mestilah cantik dan anggun

berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi

terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat

bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh

berdasarkan pengiraan matematik berbanding

dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula

dikenali apabila dia menggunakan konkrit

bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa

teknik struktur dengan menggunakan konkrit.

UMUM 
VITRUVIUSArkitek dan penulis Rom yang aktif dari tahun 46 hingga 30 SM.KEJURUTERAANTokoh
SINANArkitek Muslim yang masyhur di Turki pada zaman Kesultanan Ottoman.KEJURUTERAANTokoh
ZAHA HADIDArkitek wanita pertama menerima Pritzker Architecture Prize (2004).KEJURUTERAANTokoh
SANTIAGO CALATRAVAArkitek Sepanyol.KEJURUTERAANTokoh
WRIGHT, FRANK LLYODArkitek Amerika terunggul yang dianggap sebagi ikon bukan sahaja oleh pengkritiknya, tetapi juga budaya popular.KEJURUTERAANTokoh
NIEMEYER, OSCAR

Niemeyer, Oscar (1907– ), arkitek Brazil. Dia

terkenal sebagai pereka bentuk bangunan utama di

Brasilia , ibu negara Brazil (lihat Brasilia ). Niemeyer

sering menggunakan bentuk berhias bagi

keseluruhan bangunan, dan dalam unsur seni bina

yang berulang-ulang. Dia pernah mengatakan

bahawa reka bentuknya diilhamkan oleh keadaan

iklim dan sosial Brazil, dan warisan kolonial seni

barok di Brazil.

UMUM 
123456

Kembali ke atas