| ART NOUVEOU | Art nouveou ialah gaya reka bentuk hiasan yang berkembang subur dari tahun 1890-an hingga kira-kira tahun 1910. Istilah art nouveau bererti seni baru dalam bahasa Perancis. Istilah ini berasal daripada balai seni lukis Paris Maison de l’Art Nouveau . Balai seni lukis tersebut mempamerkan banyak karya yang dicipta menggunakan gaya reka bentuk ini. | UMUM | |
| ART DECO | Art deco, juga disebut sebagai style moderne , ialah sejenis gaya reka bentuk yang popular pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an. Ia digunakan terutamanya pada perabot, barang kemas, tembikar, dan tekstil. Kebanyakan pereka bentuk art deco menghasilkan objek yang boleh dikeluarkan secara besar-besaran, bukannya karya tunggal seperti lukisan dan seni. | UMUM | |
| ART NOUVEAU | Art Nouveau, gaya dan gerakan dekoratif dalam seni bina dan seni gunaan yang bermula di Belgium pada sekitar tahun 1890-an. | KEJURUTERAAN | Konsep |
| BUCHWALD, ART | Buchwald, Art (1925– ) ialah penulis ruangan akhbar Amerika yang mengkhusus dalam penulisan satira politik dan sosial. | UMUM | |
| TIFFANY, LOUIS COMFORT | Tiffany, Louis Comfort (1848–1933) ialah pereka bentuk kaca berwarna yang ulung pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia merupakan tokoh penting Amerika dalam penciptaan gaya seni antarabangsa yang dikenal sebagai art nouveau . Gaya ini berkembang dari tahun 1890-an hingga lebih kurang tahun 1910 (lihat Art nouvean ). Tiffany lahir di New York City. Bapanya, Charles Lewis Tiffany, memulakan perniagaan barang kemas yang terkenal. Tiffany memulakan kerjayanya sebagai pelukis, tetapi kemudian meminati seni hiasan, terutama kaca berwarna. Pada tahun 1879, dia menubuhkan syarikat perkongsian dengan beberapa pelukis moden. Syarikat ini mengkhusus kepada reka bentuk dan hiasan dalaman sezaman. Pada tahun 1880, Tiffany memohon paten untuk kaca berwarna yang iridesen – iaitu yang bertukar warna jika dilihat dari sudut berlainan. Pada tahun 1885, dia memulakan syarikat kacanya sendiri. Pada tahun 1894, dia mendaftarkan nama Favrile untuk hasil kerja kaca iridesen buatan tangannya. Lihat juga Kaca (gambar; Tingkap kaca berwarna). | UMUM | |
| SICKERT, WALTER RICHARD | Sickert, Walter Richard (1860–1942), pelukis Jerman yang mempunyai kemahiran teknikal dan stail yang penuh imaginasi sehingga mempengaruhi lukisan di United Kingdom. Dia ialah ketua New English Art Club, tetapi kemudian berpecah untuk membentuk Camden Town Group. Sickert lahir di Munich dan belajar di Slade School London, di bawah bimbingan James Whistler. Dia dipilih memasuki Royal Academy pada tahun 1934. Lihat juga Whistler, James Abbott McNeill. | UMUM | |
| SIMON, PAUL | Simon, Paul (1942– ) ialah penyanyi, penulis lirik lagu, dan pemain gitar Amerika yang menubuhkan kumpulan muzik rakyat yang terkenal pada tahun 1960-an bersama-sama dengan rakannya semasa kecil, Art Garfunkel. Simon memulakan kariernya sebagai penyanyi solo yang berjaya pada tahun 1970-an. | UMUM | |
| ISMAIL ZAIN | ISMAIL ZAIN (1930-1991), pelukis. Dia lahir di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga tahun 1950. Kemudian dia mengikuti kursus perguruan di Malayan Teacher Training College, Kirkby, Lancashire, England pada tahun 1951 hingga tahun 1953, pendidikan seni di Ravensbourne College of Art, England pada tahun 1961 hingga tahun 1964 dan Slade School of Fine Art, University of London pada tahun 1964 hingga tahun 1966. | BUDAYA | Tokoh |
| AHMAD KHALID YUSOF | AHMAD KHALID YUSOF (1934-1996), pelukis. Dia lahir di Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Victoria Institution (1951-1955) dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England (1956-1958). Dari tahun 1965 hingga tahun 1969, Ahmad Khlid menuntut di Winchester School of Art di England dan memperoleh Diploma in Art and Design. Dia menerima ijazah Sarjana Seni Cetak dan Pendidikan seni daripada Ohio University, Amerika Syarikat (1978). | BUDAYA | Konsep |
| KHALIL IBRAHIM | KHALIL IBRAHIM (1934- ), pelukis. Dia lahir di Kubang Krian, Kelantan. Khalil pada mulanya mengikuti program diploma lepasan siswazah dalam bidang seni lukis di St. Martin’s School of Art, London dari tahun 1960 hingga tahun 1956. Pada tahun 1968, dia memperoleh Sijil Pendidikan dari Universiti Malaya. | BUDAYA | Tokoh |