ARTIFAK ISLAM | Artifak Islam. Tinggalan purba pada umumnya bermaksud benda-benda yang dibuat oleh manusia atau digunakan oleh manusia berupa tempat tinggal, perkakas rumah, alat-alat dan kesenian yang kemudiannya ditinggalkan kerana peredaran zaman. Sejak dahulu lagi, manusia sudah tahu menghargai barang-barang purba. Ini kerana menghargai barang-barang purba, menjaga hak milik dan mengingati tuan punya, serta menikmati kecantikan mempunyai hubungan yang erat dengan kecenderungan dan naluri manusia yang ingin memilikinya, menikmati keindahannya serta ingin mengetahuinya. | UMUM | |
ZABUR | kitab | AGAMA | Artifak/Mentifak |
MOHOR RAJA-RAJA MELAYU | | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
PEKING MAN | artifal sejarah | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
SENJATA MELAYU | Senjata tradisional masyarakat Melayu | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
TAURAT | kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa | AGAMA | Artifak/Mentifak |
TUGU PERINGATAN NEGARA | Tugu kebangsaan untuk memperingati pengorbanan perajurit negara Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
BATU ACEH | Batu Aceh, artifak warisan sejarah dan budaya Melayu yang masih kekal yang menampakkan pengaruh Islam yang disebut juga sebagai batu nisan Aceh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TEMBELING | TEMBELING, tapak arkeologi terbuka yang mewakili zaman prasejarah di Malaysia, terutamanya di sepanjang Sungai Tembeling. Kawasan ini terletak di daerah Jerantut, utara Pahang. Di kawasan tersebut telah ditemukan banyak tapak prasejarah yang mendedahkan artifak daripada kebudayaan Neolitik dan Logam. Terdapat sejumlah 12 tapak arkeologi di sepanjang Sungai Tembeling dan membuktikan penemuan artifak daripada dua kebudayaan tersebut. Tapak-tapak tersebut ialah Nyong, Batu Pasir Garam, Teluk Lubuk Puai, Bukit Jong, Kampung Pagi, Kampung Bantal, Jeram Koi, Bukit Komel, Kampung Mat Daling, Kampung Gusai dan Kampung Pengau yang terletak di sepanjang Sungai Tembeling dan cawangannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PAJANG | PAJANG, kerajaan tua di pedalaman Jawa Tengah, Indonesia. Pajang terletak di antara Solo dan Kartosuro, lebih kurang 5 km dari pusat kota Surakarta sekarang. Di Pajang ditemui ribuan serpihan artifak tembikar buatan China dan Asia Tenggara. Artifak ini adalah peninggalan abad ke-13 hingga abad ke-17. Pada taun 1940, ketika dilakukan panggalian pada tempat tersebut, ditemui sebuah fondamen yang diperbuat daripada batu-bata yang besar ukurannya, dan batu-bata yang disusun tanpa perekat kapur ataupun simen. Selain itu ditemui sebuah batu berbentuk kubus (kiub) tanpa hiasan, yang disebut ‘yoni’. Penduduk tempatan menganggap batu tersebut sebagai alas sebuah tiang pendapa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |