Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ti.kel] | ارتيکل

Definisi : 1. fasal dlm kitab undang-undang; 2. karangan (dlm surat khabar, majalah, dll), makalah, rencana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ti.kel] | ارتيکل

Definisi : 1 bahagian atau fasal drpd sesuatu undang-undang. 2 karangan atau tulisan ttg sesuatu perkara yg disiarkan dlm akhbar dsb; makalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artikel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMANAH NASIONAL

Amanah Nasional ialah organisasi-organisasi

yang dibentuk untuk melindungi dan

memelihara bangunan, landskap, monumen, dan

artikel-artikel yang dianggap mempunyai

keistimewaan seni, saintifik, atau nilai sejarah.

UMUM 
THIRTY-NINE ARTICLE

Thirty-Nine Article ialah satu kenyataan doktrin

yang dikeluarkan di England pada tahun 1563 dan

diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1571. Artikel

ini diwujudkan untuk menyelesaikan perbalahan

agama yang dibangkitkan oleh Reformasi Protestan.

Artikel ini menetapkan kedudukan agama yang

diterima semua oleh penduduk Inggeris. Artikel ini

masih kekal sebagai doktrin Gereja Anglikan dan

disahkan oleh paderi Gereja England.

UMUM 
SHERMAN, ROGER

Sherman, Roger (1721–1793ialah satu-satunya individu

yang menandatangani kesemua empat

dokumen yang masyhur berhubung dengan

Revolusi Amerika: Artikel Persatuan (1774),

Perisytiharan Kemerdekaan (1776), Artikel

Konfederasi (1777), dan Perlembagaan Amerika

Syarikat (1787). Sherman lahir di Newton,

Massachusetts. Pada tahun 1743, dia berpindah ke

Connecticut, dan berjaya menjadi terkenal dalam

bidang perniagaan dan politik. Sherman adalah

hakim Mahkamah Tinggi Connecticut dari tahun

1766 hingga tahun 1789.

UMUM 
PUTERA SHOTOKU

Putera Shotoku , (573–621) ialah negarawan

Jepun dan sarjana agama. Pada tahun 604, baginda

memperkenalkan undang-undang bertulis Jepun

yang pertama dikenali iaitu Perlembagaan Artikel

Tujuh Belas.

UMUM 
AMALIY, AL-Amaliy, al- ialah sebuah sumber rujukan dan

manuskrip klasik. Penulisnya ialah Abu ‘Ali al-

Qaliy. Kitab ini merangkumi banyak ilmu

sebagaimana yang diterangkan oleh penulis

dalam pendahuluan buku yang akan dipaparkan

sebahagian daripadanya dalam artikel ini.

UMUM 
MYRDAL, ALVA REIMER

Myrdal, Alva Reimer (1902–1986) ialah

diplomat Sweden dan ahli sosiologi. Dia menjadi

popular kerana menggalakkan perlucutan senjata

nuklear dan keamanan dunia. Dari tahun 1962

hingga tahun 1973, dia mengetuai delegasi

Sweden ke Persidangan Perlucutan Senjata

Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland.

Myrdal berkongsi Hadiah Nobel Keamanan pada

tahun 1982 dengan Alfonso Garcia Robles dari

Mexico. Dia menulis The Game of Disarmament

(1976) dan War, Weapons, and Everyday Violence

(1977), beberapa buah buku lain dan beberapa

artikel tentang perlucutan senjata.

Myrdal lahir di Uppsala, Sweden. Dia lulusan

dari University of Stockholm dan menerima ijazah

sarjana dari University of Uppsala. Myrdal

menjadi duta wanita pertama Sweden. Suaminya,

Gunnar Myrdal ialah ahli sosiologi dan ekonomi.

UMUM 

Kembali ke atas