ARTILERI | Artileri meliputi meriam beroda atau pelancar roket yang terlalu besar atau terlalu berat untuk dikelaskan sebagai senjata kecil. Biasanya sebarang meriam atau pelancar yang menggunakan amunisi yang berdiameter 2.5 sentimeter atau lebih dan yang tidak ditembakkan dari tangan atau dari bahu dikenali sebagai artileri . | UMUM | |
MERIAM | Meriam ialah senjata yang kalibernya lebih daripada 2.5 sentimeter. Ia mempunyai laras, bahagian bawah, dan mekanisme menembak. Meriam besar yang kini dikelaskan sebagai artileri dan meriam yang lebih besar yang dilepaskan dari pesawat semasa Perang Dunia II (1939–1945), pernah dinamakan sebagai meriam. | UMUM | |
REJIMEN | Rejimen ialah organisasi tentera yang bertanggungjawab terhadap perumahan dan penyusunan sekumpulan tentera dan peralatannya. Banyak rejimen dibentuk kepada beberapa kumpulan kecil seperti batalion infantri, skuadron (tentera perisai), atau pasukan meriam (artileri). Rejimen infantri mungkin mengandungi sekurang-kurangnya dua batalion semasa aman atau paling ramai 15 batalion semasa perang. | UMUM | |
SENJATA API | Senjata api ialah sebarang senjata yang menggunakan serbuk letupan untuk menembakkan peluru atau kelongsong. Umumnya, istilah ini digunakan untuk senjata api ringan seperti raifal, senapang patah, dan pistol. Ia biasanya dikenali sebagai senjata api ringan . Senjata api yang lebih berat biasanya dirujuk kepada artileri . | UMUM | |