Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.tis] | ارتيس

Definisi : 1. orang yg kerjanya atau kegemarannya mencipta hasil seni (terutama lukisan); 2. peng­hibur (spt penyanyi, penari, dll); ~ ra­kaman penyanyi atau pemuzik yg mera­kam­kan persembahannya dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.tis] | ارتيس

Definisi : 1 orang yg menghasilkan sesuatu karya seni (spt pelukis, penyajak, pemain muzik). 2 penghibur, spt penyanyi, pelakon. ~ rakaman penyanyi atau pemuzik yg merakamkan persembahannya dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENIMAN

SENIMAN, persatuan untuk para seniman dan seniwati di Malaysia.  SENIMAN ialah singkatan Persatuan Seniman Malaysia.  Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 hasil usaha bersama Haji Idris Ibrahim, Ahli Parlimen Setapak, Zainuddin Zimbo dan beberapa orang seniman dan seniwati yang terlibat dengan Merdeka Studio di Hulu Kelang, Selangor.  SENIMAN adalah sebagai ganti Persatuan Artis-Artis Malaya (PERSAMA) yang pernah dipimpin oleh P. Ramlee di studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1960-an.  PERSAMA dibubar bersama-sama Studio Malay Film Productions jalan Ampas yang ditutup pada 15 September 1967.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
SENI LUKIS

Seni lukis adalah satu daripada seni yang tertua

dan terpenting. Sejak zaman prasejarah, artis telah

menyusun warna pada permukaan dengan cara

untuk menyatakan idea mereka tentang manusia,

dunia, dan agama. Lukisan yang dicipta oleh artis

bernilai tinggi bagi manusia. Ia memberikan

keseronokan dan maklumat kepada manusia.

UMUM 
SENI POP

Seni pop ialah gerakan seni yang berasal di

England pada tahun 1950-an tetapi menjadi

terkenal di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an.

Banyak artis seni pop menggunakan ilustrasi

komersial “bukan artistik”, biasa dan sehari-harian

sebagai asas karya mereka. Kebanyakan karya

yang dihasilkan oleh artis ini bersifat satira atau

tidak serius dari segi isinya. Walau

bagaimanapun, penggunaan bentuk dan tema

daripada budaya rakyat oleh artis ini bertujuan

untuk menurunkan nilai yang dianggap sebagai

aspek-aspek yang terlalu sukar atau peribadi

dalam bentuk seni halus tradisional.

UMUM 
SHARAKU

Sharaku ialah artis Jepun yang masyhur pada

akhir tahun 1700-an. Reputasi Sharaku terletak pada

torehan kayu yang menggambarkan pelakon Jepun

yang diukirnya pada tahun 1794 dan 1795.

Kehidupannya sebelum dan selepas menjadi

terkenal dan mengapa usia kariernya begitu

singkat tidak diketahui. Nama Sharaku ialah

nama profesionalnya. Nama sebenarnya tidak

diketahui.

UMUM 
SEURAT, GEORGES

Seurat, Georges (1859–1891) ialah artis Perancis

yang telah membangunkan satu sistem melukis

yang dinamakan pointillisme . Di sebalik

menggunakan strok berus, Seurat melukis bintik-

bintik rapat yang berwarna terang dan seragam

saiznya. Jika dilihat dari jarak jauh, bintik-bintik

tersebut kelihatan bercantum dan menghasilkan

warna lain yang sama terang. Pointillisme

menghasilkan bentuk yang telah diringkaskan

hingga ke satu tahap yang menggambarkan lakaran

manusia kelihatan kaku bak robot. Kualiti ini

boleh dilihat dalam karya Seurat Sunday Afternoon

on the Island of La Grande Jatte (1886). Lukisan ini

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis.

UMUM 
PERSPEKTIF

Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh

artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak

kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan

sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif,

pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka

sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi

gambar itu menjadi “bingkai jendela.”

Pemandangan itu nampaknya menghilang di

kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah

jendela pemerhati.

UMUM 
SARKAS

Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang

menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis

trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih

haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih

memainkan peranan penting dalam kebanyakan

sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu

menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan

sementara kumpulan pancaragam dan penghibur

dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi

warna-warni dan keseronokan.

UMUM 
SENI BINA

Seni bina ialah istilah yang mempunyai beberapa

makna, semuanya berkaitan dengan bangunan. Ia

mungkin merujuk kepada seni dan sains

bangunan, yang diamalkan oleh artis yang dikenali

sebagai arkitek. S eni bina juga boleh bermakna

bangunan itu sendiri. Istilah ini juga mempunyai

makna sejarah, yang merujuk kepada gaya

bangunan sesuatu budaya atau merujuk kepada

gerakan seni. Contohnya, kita bercakap tentang

seni bina Yunani atau seni bina Gothik.

UMUM 
PLATH, SYLVIA

Plath, Sylvia (1932–1963) ialah penyair dan

penulis fiksyen Amerika. Penulisannya

menggambarkan pandangan yang bernas, sindiran

yang tajam, dan mencetuskan perasaan sedih.

Penulisannya amat bersimpati terhadap

penderitaan kaum wanita, golongan muda, artis,

orang yang sukar menyesuaikan diri, dan

pemberontak. Walaupun dia meninggal dunia

pada usia yang muda, dia dianggap sebagai salah

seorang penulis Amerika yang paling berpengaruh

sejak tahun 1940-an.

UMUM 
SERAMIK

Seramik adalah satu daripada tiga jenis bahan

kejuruteraan yang paling penting yang

terutamanya adalah sintetik. Yang dua lagi adalah

logam dan plastik. Seramik termasuk bata, simen,

kaca dan porselin. Ia juga termasuk sesetengah

bahan luar biasa yang digunakan dalam elektronik

dan kapal angkasa. Kebanyakan seramik adalah

keras dan boleh tahan haba dan bahan kimia. Sifatsifat

ini memberikannya pelbagai kegunaan dalam

industri. Artis juga menghasilkan seramik. Rencana

ini membincangkan keluaran dan proses seramik

dalam industri. Untuk maklumat tentang

bagaimana artis membuat seramik, lihat rencana

Ensiklopedia Dunia tentang Tembikar .

UMUM 
12

Kembali ke atas