Seni Carolingian ialah gaya seni yang dicipta pada akhir 700-an M. dan 800-an M. di Perancis dan barat Jerman. Seni Carolingian mengambil sempena nama Charlemagne, yang menjadi raja orang Frank dari tahun 768 M. hingga tahun 814 M. Arkitek Carolingian memberi sumbangan yang besar dari segi reka bentuk gereja dan perancangan biara. Jurutulis Carolingian mencipta jenis tulisan yang baru. Pada abad yang lalu, pelukis telah memberi tumpuan kepada pola geometri abstrak dan haiwan hebat. Pelukis, pengarca, dan artisan Carolingian memperkenalkan figura manusia pada latar belakang semula jadi ke dalam seni tampak. |