ARUNG PALAKKA | Raja Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia. Dia lahir di daerah Sopeng, Sulawesi Selatan, Indonesia. Ayahnya ketua sebuah daerah kecil dan ibunya berasal daripada keluarga orang bangsawan Bugis dari Bone. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
DAENG MANAMPOK | DAENG MANAMPOK (? -1735), pemimpin Bugis. Dia dikenal juga dengan nama Raja Tuan Bugis. Dia ialah putera Raja Lampoko (Sulawesi Barat Daya) yang pernah menghina Raja Bugis, Arung Palaka pada tahun 1690, lalu meninggalkan Sulawesi dan pergi ke Jawa. Menurut rekod Belanda, pada tahun 1711 Daeng Manampok menetap di Linggi, berhampiran dengan tempat tinggal Daeng Marewah di Sungai Penagie, Linggi. Dia membantu Daeng Marewah menguasai daerah timah di Linggi dan Selangor dan mengiringi Daeng Marewah ke Kedah untuk membantu Raja Kedah dalam perang saudara di Kedah pada tahun 1715. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KARAENG GALESONG | KARAENG GALESONG, ( ? -1679), putera Sultan Hasanuddin (m.m. 1653-1669), Raja Makasar di Goa, Sulawesi. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah anak raja pelarian Makasar yang terkenal pada abad ke-17 berikutan kekalahan Goa di tangan Arung Palakka pada tahhun 1669. Karaeng Galesong melarikan diri ke Sumbawa. Pada tahun 1673, selepas tinggal seketika di Jawa Timur, dia kembali ke Bali dan di sana dia diberi tanah. Karaeng Galesong dan pengikutnya akhirnya kembali ke Jawa Timur dan berkahwinn dengan anak saudara perempuan pemberontak Madura, Trunajaya pada tahun 1675 selepas Trunajaya menerima persetiaan yang dibuat kerana orang Makasar terkenal sebagai perajurit yang berani. Karaeng Galesong telah membantu Trunajaya dalam beberapa peperangan untuk menguasai kota di pesisir timur Jawa antara Gresik dan Surabaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |