Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sa.han] | اسهن

Definisi : ® sahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sa.han] | اسهن

Definisi : 1. yg telah diasah; 2. yg digunakan utk mengasah: batu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asahan

Puisi
 

Orang bersisik adik beradik,
     Turun menjala Sungai Asahan;
Kalau pandai kita memetik,
     Mana buah rosak sedahan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASAHAN

Kerajaan yang terletak berhampiran Sungai Asahan.  Sungai Asahan yang bermula dari Danau Toba, menjadi jalan perhubungan yang penting di antara daerah Batak di Kawasan pedalaman dengan Selat Melaka. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BATUBARA

BATUBARA,  terletak dalam kabupaten Asahan, Propinsi Sumatera Utara, Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ISTANA LIMA LARAS,ISTANA LIMA LARAS, istana milik Datuk Muhammad Yuda yang berkuasa di Lima Laras (1883-1919) di Sumatera Utara, Indonesia. Istana ini terletak di Tanjung Tiram, Asahan, lebih kurang 152 km dari Medan.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
MELAYU DELI

MELAYU DELI, orang Melayu yang tinggal di Deli, Sumatera Timur, Indonesia.  Kaum ini dikenal juga sebagai Melayu Pesisir Sumatera Timur.  Nama yang diberi kepada kaum ini bersempena dengan Deli, sebuah daerah di Sumatera Timur, yang terletak antara Aceh dengan Asahan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN

MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN  (   ?  -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas