CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi.
Safar adalah bulan kedua mengikut Takwim Hijrah.
Nama tersebut mula digunakan sekitar tahun 412
M., iaitu pada zaman Kilab ibn Murrah; datuk Nabi
Muhammad s.a.w. yang kelima. Terdapat beberapa
pandangan tentang asal usul nama Safar. Ada yang
berpendapat bahawa nama Safar diambil daripada
nama sebuah kawasan, iaitu al-Safariyyah. Pendapat
lain pula menyatakan bahawa ia diambil daripada
nama pasar al-Safariyyah yang terletak di selatan
Semenanjung Tanah Arab, iaitu di Yaman. Orang
Arab sering berulang-alik ke pasar tersebut untuk
menjalankan aktiviti perniagaan.
Perkara-perkara Konfederasi ialah perjanjian
oleh 13 tanah jajahan asal Amerika pada tahun 1781
bagi membentuk kerajaan negeri. Gabungan ini
dikenali sebagai Amerika Syarikat; nama yang
digunakan dalam Perisytiharan Kemerdekaan.
Perkara-perkara tersebut bertindak sebagai undang-
undang dasar kepada negara yang baharu ini
sehinggalah Perlembagaan Amerika Syarikat mula
berkuat kuasa pada tahun 1788. Di bawah Perkara-
perkara Konfederasi, Kongres Konfederasi
menjalankan pentadbiran kerajaan.
Menara Condong Pisa ialah sebuah menara
loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya
terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4
meter daripada garisan asal apabila diukur daripada
tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak
asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil.
Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun
1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan
1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula
terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina.
Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an
bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan
dengan segera.
Thanks for clicking. That felt good.